Aidiladha... ape nak buat ?




Antara perkara sunat Hari Raya Aidiladha:-
  • Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.
  • Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada Allah.
  • Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
  • Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
  • Sunat menjamah makan-minum sebelum keluar ke masjid.
  • Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
  • Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
  • Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
  • Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh penghayatan.
  • Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat handai.
  • Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
  • Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

No comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')