Mencari Suami Yang Soleh




Ciri-Ciri lelaki Yang baik Untuk Dijadikan Suami

1. Lelaki solat 5 waktu sehari semalam.

2. Lelaki menghulurkan sedekah kepada orang yang memerlukan.

3. Lelaki memakai pakaian yang sopan, kemas dan menutup aurat.

4. Lelaki menghormati ibu bapa dan sanak saudara.

5. Lelaki mampu menepis godaan zina dan maksiat.

6. Lelaki menjalankan tanggungjawab kepada adik beradik dan keluarga.

7. Lelaki memberi ruang duduk untuk wanita atau golongan uzur di tempat-tempat awam.

8. Lelaki berjaya mengawal perasaan marah dengan ucapan zikrullah.

9. Lelaki bertutur dengan sopan dan penuh hemah dengan orang lain.

10. Lelaki melaungkan azan dan menjadi imam ketika menunaikan solat.

11. Lelaki menyediakan nafkah zahir dan batin kepada isteri (bagi yang telah berumahtangga).

12. Lelaki berjaya mengawal perasaan cemburu buta terhadap isterinya.

13. Lelaki melayan isteri seperti seorang bidadari.

14. Lelaki mampu bangun dari tidurnya pada malam hari untuk melakukan ibadah sunat.

15. Lelaki mudah dibawa berbincang dan bertolak ansur.

16. Lelaki mampu berdikari dan bersungguh untuk sesuatu yang di inginkan.

Sudut Agama

Lelaki soleh dijelaskan dalam Al-Qur’an adalah sebagai berikut:

“Dan diantara ahli kitab ada sekelompok orang yang berlaku lurus. Mereka membaca ayat-ayat Allah di malam hari, sedang mereka bersujud (maksudnya, mengerjakan solat malam sambil membaca kitabullah). Mereka beriman kepada Allah dan hari akhir, mereka mengajak pada kebaikan dan mencegah dari perbuatan mungkar, dan mereka bersegera mengerjakan kebaikan-kebaikan. Mereka itulah orang-orang yang soleh”. (Ali Imran 133-134).

credito ehberita

No comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')