Hebat Betul Lelaki Ini!



Apa yang hebat? Cuba baca cerita ni. BEST! Ianya kisah benar.Lepas baca ceritalah kepada kengkawan,ibu,ayah atau anak2.

Ada seorang hamba Allah bernama Zuraih. Zuraih ni seorang yang selalu beribadah kpd Allah. Sehinggalah suatu hari ,dia meminta ibunya untuk membina sebuah rumah yang asing dr ibunya agar dia dpt beribadah kpd Allah. So, ibunya pun binalah rumah untuk Zuraih.


Bila Zuraih duduk rumah tersebut, dia tidak balik ke rumah ibunya sampai lah ibunya rindu sangat kpd anknya tu. Jadi si ibu decide la nak pergi rumah anaknya itu. Bila dah sampai, ibunya beri salam. Tapi tak jawab2. Sebab Zuraih ni terlalu khusyuk solat dan beribadah. Sampai lah ibunya kecewa dengan tindakan anknya itu.


Si ibu pun pulang dalam keadaan kecewa. Lalu ibunya mengangkat tangan lalu berdoa. Lebih kurang begini. "Ya Allah, jngnlah Kau mengambil nyawa ankku sehingga dia difitnah". Adakh Allah perkenankan? Yes , doa ibu kan. 



Tiba2 dengan kuasa Allah, berita pasal si Zuraih yg kuat beribadah ni heboh la sampai ke rumah2 pelacur pasal Zuraih yang alim ni. Sampai la suatu hari, dtglah seorang pelacur yang jelita. Baginya Zuraih ni lelaki yang baru digoda sedikit,boleh melayang serbannya. Lalu dia pun bertekad untuk ke rumah Zuraih dan dia berjanji tak akan pulang kalau tak dapat goda Zuraih.



Sampai aje rumah Zuraih, dia dengan selamba pergi ke hadapan Zuraih yang sedang beribadah ini, lalu menanggalkan bajunya satu per satu sampailah bogel si pelacur ini dan tidur di depan sejadah Zuraih. Apakah yang berlaku pada Zuraih? 



Kerana keimanannya yang teguh, baginya pelacur itu umpama tunggul kayu. Lalu dia mengalihkan tikar sejadah ke tempat lain utk teruskan ibadah. Pelacur tidak mngalah, dia terus melakukan perkara yang sama, dan begitu jualah Zuraih mengalir tikar sejadahnya ke tempat lain dari 'kayu' tersebut.



Sampailah pelacur ni fed up , dia pun pulang, tapi dia ingt janjinya bhw takkan pulang kalau tak dpt goda Zuraih. Lalu dia carilah tempat nak tidur sampailah jumpa rumah si pengembala kambing. Si pengembala kambing ni , apa lagi 'pucuk dicita,ulam mendatang'! Maka pelacur itu tinggal lah di situ hinggalah berlakunya zina.



Pelacur itu akhirnya mengandung. Lalu diletaknya anak tersebut di depan rumah Zuraih dengan tujuan untuk membalas dendam. Bila org lalu depan rumah Zuraih, dia dengan tak malunya ckp 'ini anak Zuraih yang telah memperkosaku'. Maka berlakulah lagi fitnah sprt yang didoakan ibunya.



Pastu, orang kampung hinalah Zuraih yang alim ini. Sampai Zuraih nak dihukum pancung.Tapi si Zuraih ni relax je. Dia tak kisah pun apa orang kampung nak buat padanya, cuma dia minta untuk tunaikn solat 2 rakaat.



Lepas sahaja dia melakukan solat 2 rakaat, Zuraih melipat lengan bajunya, lalu  jarinya diletakkan pada pusat anak pelacur tersebut. Dengan kuasa Allah, budak itu berbicara dan menyatakan pengembala kambing merupakan ayahnya. Pelacur itu pun meminta maaf kpd Zuraih atas tindakannya.

  • Anda tahu tak? Salah satu daripada golongan yang dapat naungan Allah di akhirat ialah Lelaki yang digoda oleh wanita yang jelita atau kaya, lalu dia menjwab 'Sesungguhnya aku takut kpd Allah' .
Yura dengar cerita ini daripada Ustaz Darulzaman.Moga bermanfaat.





7 comments

  1. SubahanAllah ~ Allah sentiasa bersama dengan orang2 yang beriman .. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul tu Alia. Terima kasih kerana sudi baca :D

      Delete
  2. subhanallah.. kuatnya iman dia.. tak tergoda langsung.

    ReplyDelete
  3. Subhanallah......kisah yang hebat...
    Mohon izinn untuk di "share" di blog saya....ya...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sbb sudi baca, nak share? silakan silakan :D

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')