Perkara Penting Sebelum Orang Tersayang Pergi.




Sekadar perkongsian. Semalam ada ceramah Ustaz Hafiz Soleh. Bapa mertuanya baru meniggaldunia. Oleh yang demikian ,beliau ingin berkongsi mengenai :

3 Perkara Semasa Menghadapi Seseorang Yang Hendak Meninggal Dunia.


  • Pastikan dia memaafkan dosa orang lain. 
Dalam AQ, tiada perintah yang menyuruh kita meminta maaf. Melainkan perintah untuk memohon ampun kepada Allah. Tetapi terdapat perintah yang menyuruh kita memaafkan orang lain. 

Tak kisahlah dendam macam mana pun,kita perlu memaafkan dosa orang lain kerana itu adalah saat-saat terakhir untuk memaafkan seseorang.



  • Minta kepadanya untuk bertaubat kepada Allah.
Untuk apa? Supaya kita dapat pergi menghadap Ilahi tanpa dosa. Ingatlah Allah menerima taubat hambaNya sebelum nyawa melepasi kerungkung. Dan itulah saat bagaimana taubat yang sebenar2 taubat.



  • Ucapkan kalimah syadah 
Rasulullah s.a.w pernah bersabda bahawa barang siapa yang mengucapkan Lailahaillah muhammadarasulullah sebelum meninggaldunia akan di masukkan ke dalam syurga. Tak kisah lah dia mungkin seorang penzina, perompak , pencuri. Tetap akan dapat masuk ke syurga.



  • Bacakan AQ buatnya.
Perhatian. Ianya amat penting terutama untuk yang pernah mengamalkan ilmu hitam. Membaca AQ kepadanya supaya mudah untuk menghadapi sakaratul maut.

Moga bermanfaat buat semua. Moga orang yang kita sayang dapat pergi dengan tidak terseksa kerana dosanya semasa di dunia.

7 comments

  1. insyaAllah..entry yang sangat bermanfaat..:)

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih sbb sudi baca. Moga bermanfaat

      Delete
  3. mcm mn ltk gmbr brgerak tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh gambar gerak2 tu boleh dapat kat tumblr. Awak search kat google. Lepastu save. Masukkan kat dalam post awak. =D

      Delete
  4. jemput join.ada hadiah maxi dress,jubah & cash rm100!
    http://diyasesame.blogspot.com/2013/01/happy-blogging-giveaway.html

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')