Hari Test Driving Memang Sangat....


Assalamualaikum semua. 
Ok Khamis lepas Yura kena pergi test driving . Perghhh mmg neves giloss! Tangan Yura sejuk gile sepanjang hari test tu. Seram kot. Kalau fail acano?? 


Yura bertolak ke sana pukul 7.30 pagi , awal gila! Tapi tak pelah, mgkin tempat tu jauh kan.. Sesampai aje kat sane ,Yura tengok dewan kosong... hanya ade kerusi aje (╯.╰)''



Yura pun tunggulah sampai pukul 8.30 pagi kat dalam dewan sesorang. Sambil tu bace doa2 penenang jiwa yang ibu Yura bagi. Pastu dah start ramai orang. Dan sangat lah bising! And ambil nombor giliran, Yura dapat nombor 35. Pergh ! Nasib baik bukan 3 !



Lepas tu start lah test driving dalam litar punya. Test pertama ofkoz la "naik bukit". Yura mmg selalu fail kat situ (─‿‿─). So mmg menggeletaqla.... 



Nombor 35 dipanggil. Den la tuh. Dengan rase yakin Yura masuk kereta. "Ok Syifha ,relax. Allah ade. So dun worry". "OK! 35,35. Boleh naik bukit skrg!"kata orang yang bertugas kat situ. Jantungku bagai nak luruh dupdapdupdap! Yura pun bersedia nak ke depan ,tiba2 BANG!

Jantung ku terhenti. Arghhh ape dah jadi ni ??(╥﹏╥)



Rupa-rupanya ,Yura dilanggar oleh manusia yang nombor gilirannya 39 *uihh tak leh lupa*Tapi mmg kuat 

gile. Kereta dia melekat dngn kereta Yura. Macam kissing dah..Ingat ke dapat lah kereta baru, huh! Rupanya kena masuk balik kereta tu. Test tetap test! Ape jelah nasib ku. Dah la kena langgor. 



Tapi Allah tu maha adil. Yura tekan minyak, kereta tu naik bukit. Time nak turun bukit... enjin mati ! Arghhh aku dah gagal!! (>.<) 

Abang JPJ yang berbangsa india itu berkata "tapalah ,bagi chance la sama dia. Dia kemalangan kan tadi?"Wahh ini mmg RAHMAT dari Allah. And Yura pass ujian bukit ! 

I lap U lah Abg JPJ.

Part yang paling tak leh lupa ialah time test on the road. Berdoa-doa Yura ,janganlah dpt JPJ perempuan. Garang je muka dia. Tak senyum pun. Akhirnya dpt lah JPJ lelaki. 

JPJ   : OK ,kite ikut jalan 2 ye!
Yura : erkk, jalan 2? Tapi saya beljar jalan 1 dan 3 aje?
JPJ   : Tak pe ,saye ajar.
Yura : *biar betul JPJ ni?*

Mmg betul wo! Dia ajar! Gear ,minyak,signal. Semua dia yang cakap. Even tekan break punn! Dasyat gile JPJ ni. Time ceramah haritu , katenya JPJ takkan cakap apa-apa. Ini bukan lagi cakap, ini mengajar ni. Sampai habis dia ajar , and Yura dapat 18/20. Memang pass lah! 

Syukur Alhamdulillah. Time tu JPJ nak cepat rupanya! itu yang dia ajar tu. Sebab calon terlalu ramai. 

(o◡O) Hari Test Driving Memang Sangat Best!

8 comments

  1. Heheh.. tahniah Yura.. tak semua org dpt JPJ yg best macam tu.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan. Dorang kata ikut nasib. Mungkin rezeki Yura kot haritu XD

      Delete
  2. nice day :)
    Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan,
    pergilah ke tempat-tempat kamu inginkan,
    Jadilah seperti yang kamu inginkan,
    karena kamu hanya memiliki satu kehidupan
    dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal
    yang ingin kamu lakukan

    http://www.nolimitadventure.com/

    ReplyDelete
  3. yeah u r right. Kesempatan itu hanya sementara. Jujurnya kadang2 diriku leka.

    ReplyDelete
  4. Tahniah Yura! :D nk amik lesen gak lah! *berangan jer lebih* XD tpi nk testing naik kereta XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. hohoho arigatougozaimasu. Cubalah tak rugi pun. Untuk masa depan jugak. :P

      Delete
  5. wow,,bestnye dapat jpj yg sporting...bersyukur sangat2 tu...

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')