Review : Pantai Bagan Lalang, Sepang


Siapa kata negeri Selangor tiada pantai? Kalau nak tahu baru-baru ni Yura pergi ke sebuah pantai yang terletak di negeri Selangor di Sepang. Namanya Bagan Lalang. Gambar di atas sumber yang diambil dari Google. 

Selepas Yura tengok gambar seperti atas ni, betapa "tashabar"nya Yura nak pergi . Hahaha. Yura rancang untuk pergi dengan 3 orang sahabat sekolah menengah Yura. Kami pergi pada hari Jumaat. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi.

Sudah lama kami tidak bersua. Pertemuan ini dirancang sahabat Yura yang berada ditengah gambar,Afiqah.

Perjalanan kami dari Shah Alam memakan masa kira-kira 1 jam sahaja. Sesampai sahaja di Pantai Bagan Lalang apa yang kami dapat lihat ialah, air lautnya surut. Daratannya menjadi wow begitu luas.

Suasana ketika air surut,tetapi tetap sedap dipandang.

Lihatlah betapa jauhnya kaki perlu berjalan untuk sampai ke laut. Mula-mula fikir banyak kali juga,tetapi disebabkan dah sampai harus juga kami tempuhi. Apa yang boleh Yura katakan,betapa sunyinya waktu itu. Seperti berada di planet lain. Langitnya sangat biru . Cantik!

Yura sangkakan kami akan berjalan bertiga tanpa melakukan aktivti , tetapi sangkaan ku salah sebab sepanjang perjalanan itu kami dihiburkan dengan ketam-ketam yang sangat comel dan pelbagai spesies haiwan laut yang aneh kami jumpai seperti siput ,belangkas dan macam-macam lagi.




Suasana menjadi bising melihat telatah sahabat Yura yang geli dengan ketam, atau boleh dikatakan setiap haiwan yang berada di situ. Haha. Jangan lupa untuk mengusik sahabat kita itu.

Jangan lupa untuk rakam setiap moment di pantai ini untuk dijadikan kenangan nanti.

Pemamndangan yang cantik di lautan, Yura ambil kesempatan untuk selfie bersama kawan-kawan. Juga boleh dijadikan modal instagram kami. Apa yang boleh Yura katakan,pantai ini SANGAT BERSIH. Tiada satu pun sampah yang kelihatan. Hanya segerombolan ketam memenuhi tanah pantai.




Di bawah terik panas matahari,kami berjalan ,akhirnya bertemu juga lautan yang ditunggu-tunggu. Rasa senang mendengar deruan ombak pecah berderai, mengulang pantai datang dan pergi...eh macam lagu UNIC pula. Kami pun ambil kesempatan membersihkan kasut kami yang kotor dek lumpur .




Kami berada ditepian laut tak lama, sebab pada waktu itu jam sudah masuk waktur Zohor jadi kami beransur pulang. Tambahan pula, Bagan Lalang turut menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk pengunjung, jadi tak perlu risau kalau anda ingin ke sana nanti.

Selepas menunaikan solat,kami singgah pula ke kedai menjamu selera yang terletak betul-betul di hadapan pantai. Mungkin kerana kami pergi pada hari minggu, maka tidak banyak kedai yang dibuka. Kami memesan air kelapa sebiji seorang dan sotong goreng tepung yang dinilai harganya mengikut berat.

Minum-minum sambil menghirup udara pantai.

Sehingga jam 3 petang, kami pun beransur pulang. Secara keseluruhan apa yang Yura boleh katakan ,Pantai Bagan Lalang memang pantai yang sangat menarik dan best. Jika ingin ke sini untuk bermandi-manda, anda disarankan pergi pada jam 8 pagi atau pada petang hari sekitar 5 petang di mana ianya ketika air pasang.

Jika anda ingin menikmati suasana menjelajah daratan, menemui hidupan laut seperti ketam ianya adalah pada waktu tengah hari. Jangan risau ianya tetap menyeronokkan. Yura tak sarankan unuk anda bermandi-manda pada jam itu kerana air surut.

Sampai di sini sahaja coretan Yura. Anda pernah ke sini? Jika belum jangan lepaskan peluang ! 
Yura ada merakamkan beberapa video di sana. Jika anda ingin melihatnya, anda boleh lihat di Instagram. Yura ada uploadkan di situ. 

Terima kasih sudi baca. Wassalamualikum. :)

8 comments

  1. wah cantik!! syok nya dpt pi sne...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn. InsyaAllah,saya doakan awak pergi k ;)

      Delete
  2. Wahh! Tak sangka Selangor pun ada pantai :D Mesti pergi ni! Thanks for the info ;) Btw, nice blog :)

    http://ruangmiss.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup, i pon tak sangka. Hihi. You are welcome. Thanks.

      Delete
  3. OMG Laut ni dkt sgt ngan rmh Nisha. Jalan kaki pun boleh sampai. haha ^^ Lain kali ajaklah kawan-kawan / family pi makan seafood ^^ seafood kat sini sedap2 tau :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahh untungnya Nisha >.<// Best sangat. Takkan lupa moment makan seafood kat sana. Mmg sedap love it :p

      Delete
  4. cantik tempat nya...gambar pun cantik2

    https://e-majalah2u.blogspot.com

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')