Selamat Hari Raya Dan Selemat Datang


Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya.
Selamat datang juga ke blog baru Yura. Biasa sahaja. Tiada keistimewaan pun. Jadi macam mana raya anda semua?? Best ke tak best? Sudah tentulah best kan.! Dapat berkumpul bersama keluarga tercinta. 

Baiklah. Pada malam Sabtu yang penuh kegembiraan sebab esok cuti, Yura just nak share gambar raya Yura. Jika sebelum ini, blog Yura berkonsepkan tutorial semata. Identiti Yura juga agak kabur.  Nah, sekarang blog Yura bukan lagi blog suka-suki seperti dulu. Kita design blog supaya nampak lebih matang. 

Filter "Beauty" daripada telefon pak cik saya agak over ye...
Tahun ini kami sekeluarga beraya di Parit,Perak. Ianya merupakan kampung sebelah ibu Yura. Meriahkan! Sebab adik beradik ibu ada 10 orang. Wow. Anda boleh imagine betapa ramainya keluarga kami. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Jadi bagaimana pula dengan raya anda semua? Pasti lebih meriah bukan? 

Blog baru Yura kini berkonsep baharu tau!

 Baiklah kita berbalik kepada blog. Janjinya sebelum raya. Tapi atas faktor-faktor tertentu, Yura agak kelewatan untuk kemaskini blog. Banyak entri-entri yang macam "kelakar" untuk dibaca itu perlu dipadamkan. Maklumlah Yura buat blog sejak lepas SPM , agak keanak-anakan di situ.

Berita baik buat pengikut Yura yang tidak jemu menyokong, TUTORIAL yang best-best menanti awak-awak semua. Semuanya best-best tau. Nantikan ya.Wassalam.


2 comments

  1. selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan batin. cantiknya blog baru Yura ni. warna soft je, nampak simple tapi kemas. comel lah. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya. TQ Fatin Liyana. :*

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')