Video Yang Tidak Terfikir Untuk Di-Search



Assalamualaikum semua.
Pernah bukak youtube tak?
Apa awak search?
Hmm kalau Yura memang macam2 lah.
Kalau dak dak perempuan mesti tak lari dari search pasal tutorial tudung. Eheks~
Huhu kalau lelaki?
I dont know lah.

Tadi Yura dok bukak youtube 
Konon-konon kejap, tetiba jadi lama. 
Dan tetiba terbuka sesuatu yang membuatkan Yura terhenti seketika.

Ye ye.. i was like,


"sekejappppppppppp......kenapa aku tak pernah terfikir nak cari video ni..."

Video apakah itu Yura oi!
Ok ok , ni video nya..


Ini membuatkan Yura terpikir, kenapa lah aku tak pernah nak tahu manalah rupa Al-Aqsa.
Sibuk dok laungkan PrayForGaza Al-Maqdis dan sebagainya, 

Tapi hakikatnya rasa CINTA tu masih tiada. 
Nauzubillah. Kata orang tak kenal maka tak cinta.

Ye post ni ditujukan exclusive untuk Yura sebenarnya.
Sedih kot. Baru nampak rupa Al-Aqsa yang sebenar.
Hakikatnya video ni dua tahun yang lalu.
Sekarang dah tak macam ni .

Kepada yang dah pernah terpikir nak search video ni, anda hebat sebenarnya.
At least terfikir.
Alhamdulillah dapat tengok.

Lepas tu terfikir jugak, bukan Masjid Aqsa lain ke?
Ni Dome of The Rock.
Jadi?Yura baca juga komen2 bawah2 tu.

 Salaam Alaikum - I'm a little confused, I haven't been to Jerusalem yet and iA if Allah wills I will someday but I thought the Dome of the Rock and Masjid Al Aqsa were 2 different mosques isn't Masjid Al Aqsa next to the Dome of the Rock? Jazak Allah khair for all the efforts of this project.

 Ok lepastu Yura scroll lagi, and what i found

it look beautiful but we Jews will destroy the mosque and rebuild our third Jewish temple. so you better see as much can wish build we will destroy it very soon

And macam2 lagi bentuk komen.
Orang islam dok kata ni bukan Al Aqsa dan Orang Jew dok bagi komen macam2 kat tempat ni.
Jadi kat sini sebagai manusia yang tak pernah gi sana dan tak beberapa nak tahu sngt lokasi2 di sana, Yura cuma terfikir apa pengakhirannya ?
Hakikatnya di situ ada manusia yang bernama hamba sedang beribadah .

Yura harap siapa yang pernah ke sana atau pon tahu Al-Aqsa yang sebenar,boleh lah komen.

Diri ini jahil dalam perjuangan. Tsk..tsk..




Syiling Lama


Assalamualaikum. Hai sumerr.
Dalam gambar tu gambar power rangers ye adik-adik akak yg maybe tak kenal ape kejadahnya power rangers itu..

Yura tetibe hari ni nak buat entry berilmiah sket (puih~)
Hehe.. anyway Yura nak tanya agak-agak zaman sekarang ni ada tak manusia yang kumpul syiling lama? 

Hmmm kalau zaman dulu-dulu tu maybe ada la kan. 
Nak nak pulak duit 1 sen yang jarang nak guna.
Atau pon org tu jenis suka travel around the world. 
So maybe dia nak kumpul utk konang-konangan ye dak~

Family Yura suka kumpul old things and duit tu bagi kat anak2 yatim or ibu tunggal,
And one day , kami dapat collect a lot of old things and suddenly terjumpalah a book of old coins gituh.
And bila bukak album tu ,Yura tengok wahhhh...
numerous coins from a lot of countries yg dari zaman mak nenek tahun 60-an pon ado
Malangnya, Yura xde relatives yg minat pulak duit syling lama
so kitorang decide ler nak menjual. Hmmm worth it ke??

entah lah. Zaman sekarang ni ,wujud lagi ke collector old coins ni. 
Rasanya zman sekarang org dok ngumpol follower haha.

Bila difikirkan balik ,pemilik album tu melakukan tindakan yg bijak sngt.
Selain dari bahan kenang-kenangan , kita jugak boleh jual duit syiling ni.

Yura ada cek kat ebay, mmg harga duit syiling luar negara ni mahal .
Ada yg menjangkau seribu ringgit  but then depend la pada keadaan syiling tu.

Tetiba buat research sket tadi, (yg mmg fes time buat)
rupanya nilai duit lama ni bergantung jugak pada ukiran syiling. 
Means kalau duit syiling engkorang di ukir dngn cantik ,mmg mahal lah harganya.
Selain tu, bergantung jugak pada jenis syiling ; emas ke perak ke tembaga ke and etc.

So kalau ada sesapa kat sini yg mmg nak beli duit syiling lama, boleh lah contact Yura.
Ada dr Brunei ,Britain, France,Japan, Indonesia, Malaysia, Korea, Hong Kong, China, And Arabian Countries (yg pasti dia tulis arab n idk which country pftt..)


Bercakap pasal travel luar negara ni, Yura teringat USTAZ DON ada pesan, antara barang yg mesti kita beli utk buat kenangan adalah AL-QURAN. So boleh ah kita tengok macam mana terbitan al-quran dari setiap negara and bandingkan dengan negara kita instead of beli key chain  or baju. ;)



Milky Biscuit Shake

Assalamualaikum, harini Yura nak ajar cammana nak buat Biscuit Shake. Easy sangat2. 
Saja nak kongsi , sbb Yura dah buat mmg jadik! 

Bahan2 yg diperlukan :

  • Biskut Coklat 
  • Ais krim vanila
  • Susu segar satu kotak (Jangan yg Dutch Lady ! Kenapa? Tengok sini )
Cara buat :


Mula-mula, mcm anda lihat dalam gambar (hanya ilustrasi ) , masukkan beberapa keping biskut bersama ais krim vanila ke dalam blender. Kalau nak guna susu satu kotak, letak sikit ajela. Ais skrim vanila tu,jangan letak banyak sangat ,nnt berminyak . Letak dalam satu scoop pun boleh.





Kemudian masukkan susu.Masuk sikit dulu. Jangan semua ya!






Kemudian kacau ais krim dengan biskut. Tak pun tekan2 aja dengan senduk nasi aje.
Ni kalau biskut padat sangat dalam blender.Sebab tu kita letak susu dulu, so biskut tu lembut sikit.






Lepas tu masukkan susu yang selebihnya . Habis kan aja,kalau anda beli yang satu kotak tu.






Lepas tu anda boleh la blend sampai biskut tersebut sebati bersama vanila dan susu. Hmm dapnye !!






Dan siap! Anda boleh nikmatinya bersama seisi keluarga. Tapi kalau buat sikit, nikmati sorang2 la :D