Eyeliner Secret Tips Every Women Need To Know



Assalamualaikum semua. Apa khabar? Entri kali ni Yura nak reveal kan the secret tips of eyeliner. Apa itu eyeliner? Penting sangat ke eyeliner ni?

The  Eyeliner

Seperti yang kita tahu "eyes" atau mata are the important part a woman focuses on when they are doing their makeup. The reason is because it is the first thing a person sees when making a conversation with you. Lain lah jika kita bercakap melalui telefon kan. yknow~

Jemputan Kerjasama Pihak ZALORA



Terima Kasih ZALORA !

Assalamualaikum semua. Alhamdulillah ,Yura ada berita gembira hari ini. Nak tahu apa? Yura mendapat notification email. Yura pula jenis memang rajin nak buka email lagi-lagi bila waktu kelapangan ni.Yura pun membacanya dengan penuh debaran. Ternyata ianya jemputan untuk bekerjasama degan pihak ZALORA.

Review : Lagu & Lirik Salam Alaikum- Harris J


Assalamu Alaikum Alaikum Yeah! Pernah dengar?
Ya betul. Lagu pertama Harris J, "Salam Alaikum". Kenal Harris J?.Yura kenal Harris J ni bila Yura dapat tahu yang beliau memenangi Awakening Talent Contest  . Tapi ketika itu beliau baru sahaja berusia 16 tahun pada . Sekarang tahu kah anda beliau berusia 18 tahun dan vokal beliau pun sekarang ini jauh lebih terserlah. Wow.

Jom tonton official video Harris J, dikeluarkan pada 5 Ogos 2015.


Di sini Yura sertakan lirik lagu Harris J ,Salam Alaikum.
You can try and turn off the sun
I’m still going to shine away, yeah
And tell everyone
We’re having some fun today
We can go wherever you want to
And do whatever you like
Let’s just have a real good time
CHORUS:
Assalamu Alaikum, Alaikum yeah!
(Peace be upon you)
I just want to spread love and peace
And all of my happiness, yeah
To everyone I that meet
‘Cause I'm feeling spectacular
I love it when we love one another
Give thanks everyday
For this life, living with a smile on our face
CHORUS
Spread peace on the earth
Cherish the love that is around us
Spread peace on the earth
Treasure the love, let it surround us
Always be kind, always remind one another
Peace on the earth everyday
CHORUS
Assalamu Alaikum, hey!
Assalamu Alaikum, hey!
Assalamu Alaikum
Wa Alaikum Assalam
Spread peace on the earth
Cherish the love that is around us
Spread peace on the earth every day

Anda boleh mengenali latar belakang Harris J dengan menonton video ini. Enjoy :)



Bagi Yura, suara Harris memang sudah jauh berubah disebabkan faktor usia mungkin. Yura tak berapa gemar melihat video Harris ,tetapi lebih suka mendengar lagunya. Tetapi insyaAllah ,Yura doakan Harris maju terus ke depan dan dapat menarik minat lebih ramai anak-anak muda Islam malah yang bukan Islam juga. Aamin.

Review : Pantai Bagan Lalang, Sepang


Siapa kata negeri Selangor tiada pantai? Kalau nak tahu baru-baru ni Yura pergi ke sebuah pantai yang terletak di negeri Selangor di Sepang. Namanya Bagan Lalang. Gambar di atas sumber yang diambil dari Google. 

Selepas Yura tengok gambar seperti atas ni, betapa "tashabar"nya Yura nak pergi . Hahaha. Yura rancang untuk pergi dengan 3 orang sahabat sekolah menengah Yura. Kami pergi pada hari Jumaat. Kami bertolak sekitar jam 10 pagi.

Sudah lama kami tidak bersua. Pertemuan ini dirancang sahabat Yura yang berada ditengah gambar,Afiqah.

Perjalanan kami dari Shah Alam memakan masa kira-kira 1 jam sahaja. Sesampai sahaja di Pantai Bagan Lalang apa yang kami dapat lihat ialah, air lautnya surut. Daratannya menjadi wow begitu luas.

Suasana ketika air surut,tetapi tetap sedap dipandang.

Lihatlah betapa jauhnya kaki perlu berjalan untuk sampai ke laut. Mula-mula fikir banyak kali juga,tetapi disebabkan dah sampai harus juga kami tempuhi. Apa yang boleh Yura katakan,betapa sunyinya waktu itu. Seperti berada di planet lain. Langitnya sangat biru . Cantik!

Yura sangkakan kami akan berjalan bertiga tanpa melakukan aktivti , tetapi sangkaan ku salah sebab sepanjang perjalanan itu kami dihiburkan dengan ketam-ketam yang sangat comel dan pelbagai spesies haiwan laut yang aneh kami jumpai seperti siput ,belangkas dan macam-macam lagi.




Suasana menjadi bising melihat telatah sahabat Yura yang geli dengan ketam, atau boleh dikatakan setiap haiwan yang berada di situ. Haha. Jangan lupa untuk mengusik sahabat kita itu.

Jangan lupa untuk rakam setiap moment di pantai ini untuk dijadikan kenangan nanti.

Pemamndangan yang cantik di lautan, Yura ambil kesempatan untuk selfie bersama kawan-kawan. Juga boleh dijadikan modal instagram kami. Apa yang boleh Yura katakan,pantai ini SANGAT BERSIH. Tiada satu pun sampah yang kelihatan. Hanya segerombolan ketam memenuhi tanah pantai.




Di bawah terik panas matahari,kami berjalan ,akhirnya bertemu juga lautan yang ditunggu-tunggu. Rasa senang mendengar deruan ombak pecah berderai, mengulang pantai datang dan pergi...eh macam lagu UNIC pula. Kami pun ambil kesempatan membersihkan kasut kami yang kotor dek lumpur .




Kami berada ditepian laut tak lama, sebab pada waktu itu jam sudah masuk waktur Zohor jadi kami beransur pulang. Tambahan pula, Bagan Lalang turut menyediakan perkhidmatan dan kemudahan untuk pengunjung, jadi tak perlu risau kalau anda ingin ke sana nanti.

Selepas menunaikan solat,kami singgah pula ke kedai menjamu selera yang terletak betul-betul di hadapan pantai. Mungkin kerana kami pergi pada hari minggu, maka tidak banyak kedai yang dibuka. Kami memesan air kelapa sebiji seorang dan sotong goreng tepung yang dinilai harganya mengikut berat.

Minum-minum sambil menghirup udara pantai.

Sehingga jam 3 petang, kami pun beransur pulang. Secara keseluruhan apa yang Yura boleh katakan ,Pantai Bagan Lalang memang pantai yang sangat menarik dan best. Jika ingin ke sini untuk bermandi-manda, anda disarankan pergi pada jam 8 pagi atau pada petang hari sekitar 5 petang di mana ianya ketika air pasang.

Jika anda ingin menikmati suasana menjelajah daratan, menemui hidupan laut seperti ketam ianya adalah pada waktu tengah hari. Jangan risau ianya tetap menyeronokkan. Yura tak sarankan unuk anda bermandi-manda pada jam itu kerana air surut.

Sampai di sini sahaja coretan Yura. Anda pernah ke sini? Jika belum jangan lepaskan peluang ! 
Yura ada merakamkan beberapa video di sana. Jika anda ingin melihatnya, anda boleh lihat di Instagram. Yura ada uploadkan di situ. 

Terima kasih sudi baca. Wassalamualikum. :)

Tutorial : Dot Circle Slider



Assalamualaikum semua . Baiklah hari ini seperti yang dijanjikan , Yura nak buat tutorial .Tutorial pada hari ini lebih tertumpu kepada cara hendak menjimatkan ruang untuk penggunaan gambar lebih dari satu. Boleh lihat seperti dibawah.

Preview SINI

Namanya "DOT CIRCLE SLIDER". Kenapa? Ok cuba hover mouse pada DOT dan slide ke bawah. Wahh ianya bergerak!!~~

Baiklah. Mari mulakan tutorial !

  • Dashboard > Template > Edit Html >  Click icon yang mcm ►  > Ctrl+F  (Pastikan anda click dlm box html dulu sebelum tekan Ctrl+F ) > masukkan code dibawah dan ENTER
     </head>
  • Copy code di bawah ini, dan PASTE kan DI ATAS </head>
<script src='http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.10.2/jquery.min.js' type='text/javascript'/>
<script src='http://helplogger.googlecode.com/svn/trunk/jquery.tinycircleslider.min.js'/>
  • Dashboard > Layout > Edit Html >  Add a Gadget > HTML/Javascript > Masukkan code di bawah ini ye.
<style>
  #rotatescroll { /* is the rectangle container */
    height: 300px;
    position: relative;
    width: 300px;
  }
  #rotatescroll .viewport { /* is the rectangle containing the images */
    height: 300px;
    position: relative;
    margin: 0 auto;
    overflow: hidden;
    width: 300px
  }
  #rotatescroll .overview { /* is the list with the images */
    left: 0;
    list-style: none;
    margin: 0;
    padding: 0;
    position: absolute;
    top: 0;
  }
  #rotatescroll .overview li { /* each item of the list */
    float: left;
    height: 300px;
    position: relative;
    width: 300px;
  }
  #rotatescroll .overlay { /* the image with the circle overlapping the list */
    background: transparent url(http://4.bp.blogspot.com/-Ot8KEdqWA58/Um59McoG1bI/AAAAAAAAEgY/ZzK7Qidizrg/s1600/bg-rotatescroll.png) no-repeat 0 0;
    height: 300px;
    left: 0;
    position: absolute;
    top: 0;
    width:300px;
  }
  #rotatescroll .thumb { /* the red circle that allows us to navigate */
    background:transparent url(http://1.bp.blogspot.com/-SY8PG9E-_ZQ/Um59McKv1vI/AAAAAAAAEgc/tEDJm6soGfE/s1600/bg-thumb.png) no-repeat 0 0;
    cursor: pointer;
    height: 26px;
    left: 137px;
    position: absolute;
    top: -3px;
    width: 26px;
    z-index: 200;
  }
  #rotatescroll .dot { /* the points indicating the position of each image */
    background: transparent url(http://3.bp.blogspot.com/-O0kN8rvZGSE/Um59MRdOpHI/AAAAAAAAEgQ/XCiipR_fCKM/s1600/bg-dot.png) no-repeat 0 0;
    display: none;
    height: 12px;
    left: 155px;
    position: absolute;
    top: 3px;
    width: 12px;
    z-index: 100;
  }
  #rotatescroll .dot span { /* are hidden by default */
    display: none;
  }
 #rotatescroll .viewport ul.overview li img {
   width: 100%;
   min-height: 260px;
   margin-top: 20px;
   padding:0;
   border:0;
 }
</style>
 <div id="rotatescroll">
  <div class="viewport">
    <ul class="overview">
      <li><img src="imageURL" /></li>
      <li><img src="imageURL" /></li>
      <li><img src="imageURL" /></li>
      <li><img src="imageURL" /></li>
      <li><img src="imageURL" /></li>
    </ul>
  </div>
  <div class="dot"></div>
  <div class="overlay"></div>
  <div class="thumb"></div>
</div>
<script type="text/javascript">
$(document).ready(function(){
$('#rotatescroll').tinycircleslider({
interval: true,
snaptodots: true
});
});
</script>
  • Sekarang gantikan imageURL dengan URL gambar anda pula.
  • Kemudian SAVE ! 
Macam mana? Menjadi tak? Kalau jadi, jangan lupa komen. Boleh Yura terjah blog korang ye.

Credit to helpblogger 

Selamat Hari Raya Dan Selemat Datang


Assalamualaikum semua dan Selamat Hari Raya.
Selamat datang juga ke blog baru Yura. Biasa sahaja. Tiada keistimewaan pun. Jadi macam mana raya anda semua?? Best ke tak best? Sudah tentulah best kan.! Dapat berkumpul bersama keluarga tercinta. 

Baiklah. Pada malam Sabtu yang penuh kegembiraan sebab esok cuti, Yura just nak share gambar raya Yura. Jika sebelum ini, blog Yura berkonsepkan tutorial semata. Identiti Yura juga agak kabur.  Nah, sekarang blog Yura bukan lagi blog suka-suki seperti dulu. Kita design blog supaya nampak lebih matang. 

Filter "Beauty" daripada telefon pak cik saya agak over ye...
Tahun ini kami sekeluarga beraya di Parit,Perak. Ianya merupakan kampung sebelah ibu Yura. Meriahkan! Sebab adik beradik ibu ada 10 orang. Wow. Anda boleh imagine betapa ramainya keluarga kami. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Jadi bagaimana pula dengan raya anda semua? Pasti lebih meriah bukan? 

Blog baru Yura kini berkonsep baharu tau!

 Baiklah kita berbalik kepada blog. Janjinya sebelum raya. Tapi atas faktor-faktor tertentu, Yura agak kelewatan untuk kemaskini blog. Banyak entri-entri yang macam "kelakar" untuk dibaca itu perlu dipadamkan. Maklumlah Yura buat blog sejak lepas SPM , agak keanak-anakan di situ.

Berita baik buat pengikut Yura yang tidak jemu menyokong, TUTORIAL yang best-best menanti awak-awak semua. Semuanya best-best tau. Nantikan ya.Wassalam.