Review : Sweetree Korean Restaurant


Assalamualaikum semua. Hari ni alhamdulillah diberi kesempatan untuk review sebuah restaurant halal korea. Siapa peminat k-food kat sini? Macam ramai je. Ini kali kedua Yura datang ke restaurant ini. Wah sampai dua kali! Apa yang bestnya...

Nama restaurant ni SWEETREE, terletak di Ampang Jaya,Selangor. Siapa yang duduk UIA tu, jarak perjalanan dari sana ambil masa dalam 15-20 minit sahaja. Boleh waze kalau nak tau lokasinya di mana.Pergi ke sini, anda tak perlu asas bahasa Korea untuk berkomunikasi. Pekerja di sini ada yang berbangsa Melayu.

Jika anda bertuah , anda akan dapat berjumpa dengan pemilik restaurant ini. Orangnya begitu peramah. Jika anda datang beramai-ramai, anda tidak perlu risau dengan meja. Terdapat bilik khas di mana boleh memuatkan lebih 10 orang. Bilik ini akan di-charge jika duduk melebihi 2 jam. Jadi, jangan terlalu asyik pula makan-makan ye.


Pemandangan di dalam bilik khas yang memuatkan Yura dan kawan-kawan (10 orang). Bilik ini bertemakan konsep ala-ala Korea. Ianya terletak di tingkat 2.



Pemandangan sekitar di tingkat 2. Nampak tak Hanbok tu? Ye , anda boleh memakainya. Ianya percuma. Selain itu terdapat juga kasut Kkotsin. Boleh lah kalau nak cuba-cuba. Tapi tak boleh bawa balik la.


Sambil makan-makan, kami meraikan ulang tahun kelahiran Cik Faizah dan Cik Nadia yang ke-22. Kek ini, Yura beli di bakery Korea, berdekatan Sweetree.

Apa yang Yura order ye? Ok mari Yura kongsikan, beserta harga sekali :D


Side dishes percuma! Yeay free tau. Sorang-sorang akan dapat bubur+kimchi dan beberapa side dishes yang lain. Makan ini sahaja pun boleh kenyang.


Bulgogi Pot with Egg - RM 20


Rab Bok Gi - RM 22


Soft Tofu Soup - RM 20


Sweetree Chicken Cordoin Bleu - RM 25


Sam Gye Tyang - RM 30


Mayo Bibimbab - RM 20
Spicy Chicken Bibimbab - RM 20


Sweet Sour Radish Chili Topoki - RM 20

Meleleh air liur melihatnya kan. Sebenarnya ada banyak lagi pilihan dalam  menu. Ambil masa juga nak fikir. Rasa nak cuba semua. Tips nya, datang ramai-ramai dan order berlainan makanan, insyaAllah dapat merasa bermacam jenis.

Secara keseluruhan , Yura boleh bagi 4 bintang ! Makanan yang disediakan memang sedap semuanya. Yang penting , HALAL ! Sekian sahaja review dari Yura. Assalamualaikum :D

12 comments

  1. Uuuu... Menarik (> v <)

    ReplyDelete
  2. Cantik nyaaaa yura . Lari topik kejap bahahaha

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba lagi makan makanan Korea ni...boleh cuba ni nanti...hehe

    ReplyDelete
  4. wah, bestnya that restaurant.......nak pegi jugak since I am a huge fan of Korean things! (tipikal statement seorang fangirl haha)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke, Mmg sesuai sngt la pergi 😋

      Delete
  5. sedapnya yach, jadi pengen tuh dicbain hehe

    ReplyDelete
  6. nampak sedap sgt ...
    hu hu hu
    untung dok sne byk korean restaurant ...
    kt jb ni susah kot nk cari ...

    kaissi.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh yeke. Mmg kwsn area ampang ni bnyk kedai korea. Rasa mcm kat korea dah.

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')