YouTube Channel "FreeQuranEducation" Best Sangat!


Assalamualaikum ,Salam Jumaat. Selalunya apabila bosan kita akan buka Youtube, tapi apa yang kita selalu buka? Apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia ini.Kalau anda tercari-cari channel apa yang insyaAllah memberi manfaat dunia dan akhirat, teruskan membaca.


Hari ini Yura nak share kan salah satu channel Youtube favourite Yura sampai sekarang , iaitu FreeQuranEducation. Salah satu platform untuk belajar Al-Quran dengan cara yang SENANG FAHAM dan MENARIK tau. Setiap video akan disertakan kartun-kartun yang memudahkan pendengar lebih faham apa yang disampaikan oleh penceramah.

Jika anda pernah memasang niat untuk memahami surah-surah dalam AL-Quran , ini lah channel YouTube terbaik untuk anda. Ok, ini antara salah satu video yang dihasilkan oleh mereka.



Menarik bukan? Setiap apa yang diperkatakan oleh penceramah di ilustrasikan dengan sempurna dan cantik sekali. Yang penting, penonton mudah memahami apa yang disampaikan dan dapat memanfaatkannya.

Terdapat lebih dari 50 video yang semestinya bercerita mengenai surah-surah yang terdapat dalam Quran dan juga persoalan dan jawapan dan macam-macam lagi. Jangan lupa SUBSCRIBE supaya tidak ketinggalan dengan video-video terbaru.


   


Yura sangat berterima kasih kepada illustrator yang berusaha menghasilkan sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh ummah. Apatah lagi apabila menggunakan YouTube sebagai platform sesuai pada era kini.


Semoga dengan perkongsian ini, Yura dapat memberi kemudahan buat mereka yang tercari-cari bagaimana untuk memahami Al-Quran. Semoga pada masa akan datang, terdapat pula versi Bahasa Melayu.


Support The Course, Help them make Every Human Being Understand Quran and Salaah Directly and Earn Sadqa Jaria: https://www.gofundme.com/understandquran

Semoga kita dapat memanfaatkan masa dan menjadi insan yang bermanfaat untuk orang lain. Share untuk kongsi kebaikan bersama. Wassalam.

No comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')