Doa Terbaik Selepas Solat


Assalamualaikum. Hari ini Yura nak kongsikan salah satu doa yang dapat perkongsian di Facebook sebanyak 43,000 lebih oleh Shahaime Hai Abdullah. Doa itu telah dikhususkan untuk bulan Ramadhan. Namun begitu Yura dapati doa ini memang boleh kita guna untuk kegunaan harian kita.


Apa yang istimewanya doa ini. Jujur Yura katakan ,Yura sangat terkesan membacanya. Doa ini meliputi semua aspek iaitu diri sendiri , ibu ayah, sahabat ,guru-guru dan ummat Islam sejagat.

Kita sebagai manusia biasa kadang-kadang selepas solat tu kebiasaannya baca doa pendek-pendek sahaja. Tanpa ada rasa kemanisan dalam kita beribadah. Lebih teruk lagi, kadang-kadang kita tidak terkesan dengan doa-doa yang kita baca , kerana kita membacanya tanpa memahami ertinya. Selain daripada itu, doa yang diajar Rasulullah juga antara yang terbaik untuk kita contohi.

Yura lakukan sedikit perubahan dalam doa ini agar kita dapat melakukannya untuk solat harian kita. Juga boleh kita baca selepas solat Tahajjud .

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dgn penuh pengharapan kpdMu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, krn sesungguhnya Engkaulah Tuhan yg Maha Mendengar. 

Ya Fattahu ya alim…Ajarkanlah kami yg lemah ini utk melihat jln keluar dr semua masalah yg membelenggu kami, bukakanlah hijab kpd kami yg tak mampu melihat setiap kebaikan pd kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yg baik2 utk diri kami, Jgnlah kau menguji kami pd apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu2 rahmatMu utk kami ya Allah… 

Ya Allah Rabbul Jalil….Sejahterakanlah utk kami dgn kesihatan yg baik..supaya dgnnya kami dpt beribadah kpdMu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, krn kami terlalu byk dosa kpdMu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pdMu bila ditimpa sakit, Kami lupa kdpMu ketika senang, kami ingat pdMu bila dtg kesusahan. Kami lupa kpdMu disaat kami gembira, Kami ingat kpdMu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dgn keseronokan dunia, kami mula mengingatiMu tika usia sdh tua, ..Justeru ya Allah...ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kpd kami utk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa mlalaikan kami drp mengingatimu ya Allah… 

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mgalir dlm diri kami..kau gantilah dgn kebajikan utknya yg boleh mbawanya ke syurgaMu ya Allah… 

ya Rahman…pd setiap keringat yg mngalir pd tubuh ayah kami dlm mcari rezki kpd kluarga kami…kau gantikanlah dgn keampunan yg mbawa ke syurgaMu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tdk akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dlm kesusahan dan kesempitan, sdgkan kami berada dlm kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kpd kedua ibubapa kami tempat yg istimewa d syurgaMu ya Allah….. 

Ya Allah….Kami juga memohon ampun utk kaum kerabat kami, sahabat2 kami dan guru2 kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami kealam barzakh…golongkanlah mereka dlm org2 kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakhMU..maka Kau ambillah kami dlm keadaan yg baik2…dlm keampunan dan rahmatMu ya Allah… 

Ya Allah ya azizz…Kurniakanlah kpd kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dgn sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah drp kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah. 

Ya Rashid…ya rahman…ya Rahim..Jika ada dikalagan kami mereka yg diuji dgn kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, Jika ada d klgn kami mereka yg bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jln kluar kpd mereka, jika ada d klgn kami sdg berhajat dgn keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka..dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada d klgn kami mereka yg diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bsama kami. Jika ada dklgn kami mereka yg derhaka kpd ibubapa atau terkurang dlm melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jdkanlah kami anak2 yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi… 

Ya Allah ya malikal mulk…Ya Razak..ya fattahu ya alim…Kurniakan kpd kami rezeki yg halal lg dberkati. dan jdkanlah dgn rezeki itu kami semakin dekat dgnMu..sebaliknya, jgnlah kau jdkan kami drp gol yg lupa diri setelah mndapat kurniaannMu.Ya Allah….Bantukanlah kami dlm menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yg padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yg padanya tempat kami akan kembali utk selama2nya.. jdkanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kpd kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kpd kami dr segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kpdMu dgn jiwa yg tenang…. 

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami...amankanlah kehidupan kami disana nanti yg kekal abadi…kurniakanlah kpd kami syurgamu yg maha luas nikmatnya…


Semoga doa ini bermanfaat untuk pembaca semua. Boleh kongsikan kepada keluarga dan sahabat-sahabat yang lain dengan menekan butang share di kanan post.

Untuk kemudahan selepas solat, Yura lebih suka jika ianya ditampal di dinding atau ditulis di dalam buku nota daripada membacanya dalam telefon.

Di bawah ini Yura sertakan gambar untuk kemudah pembaca menyimpannya.







Sekian sahaja dari saya. Assalamualaikum :)

4 comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')