Drama dan Anime Sepanjang Cuti 3 Bulan


Assalamualaikum semua. Pejam celik pejam celik dah nak ke penghujung dah Yura punya cuti sem 3 bulan. Yura nak kongsikan drama dan anime sepanjang hampir 3 bulan mereput di rumah. Kalau rajin jemput lah baca .



DRAGON BALL SUPER : Yura bukanlah peminat dragon ball masa kecil-kecil dulu tapi sejak layan dragon ball yang ini, rasa best pulak. Abang Yura peminat cerita ni masa kecil-kecil dulu, Yura kenal lah sikit-sikit watak dalam anime ni.
Kelakar dan jalan cerita dia tak pernah bosan. Yura habiskan 52 episodes setiap malam. Masih on going.



GRAVITY FALLS : Cerita ni comel sangat! Banyak plot twist dalam cerita ni. Yura habiskan Season 1 & 2. Memang curious every episode. Banyak benda pelik-pelik dalam cerita ni. Senang kata cerita dia memang kita takkan boleh buat prediction. Cerita ni ada dekat Disney XD tapi Yura tak sempat nak layan masa tengah study dulu.


ANOTHER MISS OH : Kelakar cerita ni dan jalan cerita dia agak complicated. Yura suka watak heroin dalam cerita ini (baju hijau). Mengisahkan mengenai seorang wanita yang mempunyai nama yang sama tapi wataknya yang sangat berbeza.




38 TASK FORCE : Wahh cerita ni memang daebak sangat! Recommended! Cerita ini lebih kepada friendship. Seo In Guk bawa watak dengan baik sekali. Plot twist memang banyak dalam cerita ni. Setiap episode memang tak mengecewakan.
Cerita ini pasal tektik nak make sure politik atasan bayar cukai. Bukan senang huhu. Macam-macam cara diorang buat.



BORUTO NARUTO THE MOVIE : Yura memang layan cerita naruto ni. Jadi bila tengok cerita Boruto (anak Naruto) ni memang mengalir air mata. Mengisahkan pasal Baruto yang sering rasa diabaikan Naruto sebab Naruto yang terlalu sibuk dengan kerja sejak menjadi Hokage.

Boruto berhasrat tak nak jadi Hokage seperti ayahnya. Watak Sasuke banyak memainkan peranan dalam cerita ni. Sasuka ceritakan hardship yang diharungi Naruto sejak kecil untuk menjadi Hokage. Awww, Sasuke~




NARUTO THE LAST : Cerita ini Yura rasa memang dibuat untuk fan Naruto yang ingin tahu apakah pengakhiran Naruto dengan Sakura atau Hinata. NaruHina atau NaruSaku ?
Ye, jawapannya NaruHina. Hinata adalah pilihan Naruto dalam cerita ini bila Naruto akhirnya mengukapkan kata-kata "Aishiteru" kepada Hinata.
Jadi bukan selama ni Naruto suka Sakura? Cerita ini ada jawapannya. Ceh~



LET'S FIGHT GHOST : Kepada yang mempunyai ketakutan terhadap hantu, tak payah tengok cerita ni haha. Taklah, effect je lebih cerita ni. Kelakar adalah.Cerita ni mengingatkan Yura dengan anime Ano Hana. Main character nak discover punya kematian heroin yang masih belum ke alam roh.



CINDERELLA AND FOUR KNIGHTS : Susah nak ungkap. Jalan cerita yang sangat cliche kata orang. Tapi tapi cerita ni sangat-sangat best! Setiap episode mesti buat kita rasa membuak-buak nak tengok next episode.
Semuanya bermula bila heroin diupah atuk kepada 3 orang jejaka untuk laksankan mission untuk menyatukan mereka 3 sepupu. Dengan syarat dating is forbidden. Masih on going ~



LOVE IN MOONLIGHT : Heroin menyamar jadi lelaki dan pada masa yang sama heroin tak sedar yang hero adalah Prince. Kdrama memang kejam kan? Baru 2 episodes. Masih menanti episode seterusnya. Hihi.

Ok sebenarnya banyak lagi yang Yura nak mention tapi cukuplah setakat ini. Selamat menghabiskan sisa-sisa cuti ya guys. Sekian sahaja semua.

23 comments

  1. hahaha. selamat menghabiskan sisa-sisa cuti yura tu tau. lepas ni kena fokus study kat situ :) dan yes! ada few kdrama kat situ yang PG layan juga dan sobsob..masih on going tu yang buat hati tak keruan. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu tulah sedih dah nak hbis cuti. Thanks PG sudi baca. Btw kdrama mmg xleh nak move on even tengah study 😅

      Delete
  2. Let's Fight Ghost best! Lawak! Walaupun terkejut dengan hantu yang pelbagai rupa. Hehe. Cinderella tu pulak memang cliche jalan cerita. Tapi entah kenapa, saya layan jugak 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aigo! Sape je tak suka cerita cinderella tu ada jejaka hot😆

      Delete
  3. Tertarik nak tgk kdrama yg tak tgk lagi :D
    Tapi anime tak minat. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha takpe2. Anime mmg jrg girl suka haha

      Delete
  4. cuti dah nak habis...huhuhu...
    terpaksa tinggalkan dunia ni sekejap...
    all the best untuk journey yura yang seterusnya! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu you pun sama. Enjoy sisa2 holiday yaa😌

      Delete
  5. woahh banyak gila hahaha yg k drama tu semua saya layan haha . nanti nak tgk anime naruto tu lah hehe thanks ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tengok lah yang Naruto The Last tu. Nampak cool Naruto 😋

      Delete
  6. Replies
    1. Dulu layan. Tapi sbb dah banyak tinggal. Jadi tak terlayan pulak 😅

      Delete
    2. Terbalik kita.. Sebab reen layan one piece. Naruto x.. Hihihi kalau tgk naruto pun waktu tayang hari jumaat kat tv. Muehehee

      Delete
  7. Cinderella and The Four Knights memang agak cliche tapi Ahn Jae Hyun punya watak memang buat hayayayayayayay comel ngat >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan yura pun rasa nak jerit tengok muka dia hahaha. Walaupun dia agak bendul dlm cerita tu haha

      Delete
  8. Haha Yura tak layan Running Man ke? beratus ratus episod tu..3 bulan tk habis kot haha :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tulah. Yura layan kalau ada artis fav je haha.

      Delete
  9. Ada link download tak? share ler hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde la huhu. Kalau awak nak dload, pergi dekat myasiantv. Boleh dlod in HD lagi

      Delete
  10. salam, boleh bagitau tak akak tengok gravity falls tu kat mana? :D nak tengok juga cuti sem nanti XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yura tengaok dekat fmovie. Kat situ search je gravity falls. Movie pun bnyak! 😋

      Delete
  11. nak recommend anime and drama best leh x? hehe.. sis tgklah anime "Mob Psycho 100". Tapi Nas x tahulah sis suke ke x genre camni haha! XD pastu tgklah jdrama ni 'Kazoku Game'. Drama ni serious best. Sis kena tengok!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah wah! Arigatou for the recommendation. Kena tengok ni 😍😍😍

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')