My Makeup Story Tag


Salam semua. Yura di-tag oleh Ee di dalam blog beliau. Jadi Yura bertanggungjawab untuk buat juga entri My Makeup Story Tag ni. Yura buat entri bahasa Melayu sahaja disebabkan blog Yura blog bahasa Melayu.

Soalan diberikan ada 8 sahaja. Jadi jemput baca dan mungkin anda akan di tag oleh Yura lepas ni.

  • Sejak bila Yura terjebak dengan makeup ?
Yura berminat dengan makeup ni rasanya baru tahun ni.  

  • Macam mana boleh terjebak dengan dunia makeup?
Ini semua kerana pengaruh roommate Yura dekat UIA, seorang YouTuber yang agak popular. Biarlah rahsia siapakah dia. Dia lah yang banyak ajar Yura pasal makeup ni. Yang bestnya, dia selalu ajar Yura pasal penjagaan muka, buat mask malam-malam. Kadang pakai makeup suka-suka bila bosan.

  • Makeup brand kegemaran Yura ?
Jujurnya sekarang Yura dah jatuh cinta dengan Mary Kay. Selain daripada tu Yura suka Silky Girl,Cathy Doll, Garnier dan Dior.

  • Apa erti makeup pada Yura?
Sebagai seorang wanita Islam, Yura taklah menggalakkan seseorang pakai makeup tebal-tebal. Untuk elak tabarruj. Bagi Yura makeup ni sekadar untuk naikkan confident diri sendiri supaya orang senang nak berkomunikasi dengan kita.
Selain dari itu, makeup juga menampakkan diri kita lebih kemas. Yura tak kata lah yang tak memakai makeup tu selekeh. Pandangan ini merujuk diri Yura sendiri. 

  • Jika diberi 4 jenis produk makeup untuk digunakan, apakah ia?
Mary Kay TimeWise Matte-Wear Liquid FoundationMary Kay Gel Semi-Matte LipstickGarnier Lightface PowderKat Von D Tattoo Liner

  • Apa perkara yang disukai tentang makeup?
Makeup ni boleh buat muka Yura yang lesu ni nampak lebih cantik dilihat. Yura masih baru-baru lagi dengan makeup ni jadi setakat ni Yura paling suka bila ada sale dekat mana-mana kedai makeup atau online store. 

  • Apa pendapat Yura tentang drugstore VS high end makeup ?
Bagi Yura ada bezanya terutama dari segi kualiti. Tapi tak semestinya drugstore tak bagus. Kalau setakat untuk beginner macam Yura ni, boleh lah pakai yang drugstore punya. Atas nasihat roommate Yura yang pro-makeup ,katanya untuk foundation atau lipstick lebih baik beli yang berkualiti supaya tak memberi kesan terus ke atas kulit/bibir.Untuk mascara, eyeliner,bedak,blusher atau eyeshadow tiada masalah untuk pakai produk yang bukan high end makeup. Asalkan sesuai dengan muka kita :)

  • Apakah makeup trend yang Yura masih tak faham?
Mestilah pada bahagian mata macam eyeliner,eyeshadow semua tu. Yura sangat tak reti walaupun Yura suka tengok tutorial eyeliner semua. 

Sekian sahaja Makeup Story dari Yura. Yura kalau keluar sahaja pakai makeup. Kalau keluar pergi kelas Yura cuma pakai sunblock,compact powder dan lip balm

Ok Yura nak tag : Sis Farrah, Sis Ain






6 comments

  1. Tu lah, tak kira drugstore ke branded brand ke asalkan sesuai dengan kulit dan berkualiti :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul3! Thanks sudi baca bebelan Yura

      Delete
  2. serius teringin jugak nak make up. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann bestnya kalau pandai make up ala2 make up artist

      Delete
  3. u right. make up untuk menaikkan lagi confident ! :)
    like you said, bukan nak kata tak mekap ni selekeh ke apa, but kita sendiri boleh rasa how it feels lepas dah makeup kan. orang pun pasti senang berkomunikasi dengan kita. that's just the way it is :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ingat saya je rasa mcm tu. Thanks sudi baca. :*

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')