Review : Mary Kay TimeWise Matte-Wear Liquid Foundation


Assalamualaikum semua! Hari ini Yura nak review foundation fav Yura ! Yes, it is Mary Kay TimeWise Matte-Wear Liquid Foundation. Bestnya foundation ni! Ini lah juga kali pertama Yura pakai produk Mary Kay. Kenapa? Apa yang best sangat tu? Mari Yura kongsikan !


Sebelum itu Yura bagitahu dulu ciri-ciri muka Yura. Muka Yura sensitif ,berminyak dan agak kering. Bayangkan nak cari foundation yang sesuai dengan muka punyalah susah. Akhirnya terjumpa produk Mary Kay.

Comelkan bekas foundation ni. Yura letak dalam purse je. Senang nak bawak jalan-jalan. Walaupun kecil tapi sampai sekarang masih belum habis !

Ini adalah review Yura sendiri. Yura nak kongsikan apa yang kelebihan Yura dapat sepanjang Yura guna foundation ini :

  • Tak berminyak!  Seriously tak berminyak pun. Yura try compare BB cream Maybeline punyalah berminyak. Mula-mula tu pakai sikit je, sebab takut berminyak. Rupanya tak pun!
  • Long-lasting.  Muka Yura ni jenis cepat berpeluh. Tapi alhamdulillah foundation tak pudar pun even pakai sampai ke tengahari.
  • Harga berpatutan.  Mungkin bila sebut Mary Kay semua terfikir pasal harga. Yura beli harga RM 76. Tapi jujur kata, memang worth it. Pakai sikit je boleh cover satu muka. Yura pakai 2 bulan dah. Tak habis-habis lagi!
  • Sesuai dengan muka.  Alhamdulillah so far sesuai lah dengan muka Yura. 

Yura beli dari trusted seller Mary Kay. Disebabkan Yura nak pakai time raya , Yura beli online sahaja. Yura beli dekat Sis Ayu. Sis Ayu lah yang tolong pos kan foundation ni ke kampung Yura kat Perak tu. Maklumlah dah nak raya time tu. Yang bestnya beli online ni, Yura siap dapat free sample dan catalog Mary Kay lagi. 

Beriakan Yura ambil gambar. Macam nak masuk magazine pulak. Yura punya foundation warna : Ivory 5
Deal dengan Sis Ayu memang best. Semua soalan Sis Ayu jawab. Kalau anda berminat untuk mencuba produk Mary Kay boleh lah pergi ke mana-mana cawangan Mary Kay berdekatan atau kalau jenis malas nak siap keluar tu boleh je whatsapp nombor Sis Ayu : 0197488434

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk mereka yang nak cari foundation yang selamat tanpa menjejaskan kulit. Jangan sesekali beli yang produk fake atau yang tidak mendapat dermatologist's test. Sayangi kulit anda ya ^^


Gambar Yura menjelang hari raya dengan menggunakan foundation Maray Kay.
 Muka Yura tak da nya nak flawless macam ni haha.

8 comments

  1. Artikel yang menarik, Kina pun baru je nak mula try new product yang sesuai, lepas ni boleh cuba Mary Kay untuk foundation. Thank you for the suggestion! ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sbb sudi baca. Jangan lupa tau cuba ye 😊

      Delete
  2. Produk mary kay lain ada cuba x? And.. Foundation ni ada spf tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada cuba. Yura cuba liquid lipstik dia best sngt. Tak kering kat bibir. Tak silapnya foundation ni xde spf, cc cream dia ada 😊

      Delete
  3. cantikk ! hehe lepas ni boleh try mary kay pulak.

    ReplyDelete
  4. wa best. bekas pun warna-warna pastel. kena cuba ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye awak kena cuba sngt! Sbb best!!

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')