Pengalaman Ber-Shopping di Shopee


Wah wah! Besarnya parcel Yura. Pertama kali Yura dapat parcel sebesar ini. Mula-mula tu Yura cuak juga kot lah salah terima parcel ke kan. Alhamdulillah parcel yang betul. Ok sebelum tu assalamualaikum semua. Pernah dengar Shopee? Salah satu aplikasi yang agak popular dikalangan insan-insan yang suka shopping online macam Yura.

Ini bukan kali pertama Yura shopping dekat Shopee. Ini sudah masuk kali ke-tiga. Mesti ada yang masih ragu-ragu untuk shopping dekat Shopee kan? Tak bahaya ke shopping dekat Shopee? Boleh percaya ke? Jadi kali ini Yura nak kongsikan pengalaman Yura selama menggunakan perkhidmatan Shopee.


Inilah website Shopee. Anda boleh pilih untuk shopping melalui apps atau website. Kalau sebelum ini Yura memang guna apps tapi disebabkan berlaku satu isu menyebabkan Yura trauma untuk order guna apps.

Isu apa itu ? Mari Yura ceritakan. Yura baru tukar kad BSN yang baru. Bila Yura proceed lepas isi form dalam apps Shopee semua ,tiba-tiba, error! Yura pun cancel order . Cepat-cepat lepas tu Yura cek akaun , manalah tahu kan BSN dah tolak. Bila Yura cek, memang BSN dah tolak. Cuak seketika.

Yura pun cepat-cepat contact seller melalui apps. Sebab dalam apps kita boleh chatting dengan seller. Seller pun bagitahu yang Yura perlu contact pihak Shopee sendiri, sebab duit itu Shopee yang terima dulu sebelum ianya pergi ke seller. Disebabkan Yura malas nak call, Yura email je Shopee. Dalam beberapa jam lepas tu, Shopee balas tau. Wahh tak sangka!


Pihak Shopee siap bagitahu lagi yang mereka tak terima duit itu. Perlu call BSN pula. Lagi sekali Yura malas nak call BSN. Yura contact dekat Facebook BSN terus. Haha punyalah malas nak call. Lepas tu BSN call Yura. Katanya sudah refund duit Yura tu. Happy lah Yura.Rupanya error tu disebabkan Yura tak aktifkan lagi kad baru tu.


Ok ini lah yang Yura beli. Macbook case RM 38 sahaja. Murahkan?  Padanlah bukan main gedabak parcel nya. Rupanya seller balut berlapis-lapis dengan kotak bagai. Punyalah nak protect parcel kan. Nice seller! Yura berpuas hati sangat. Yura order Rabu dan terima Jumaat pagi. Alhamdulillah Yura happy sangat dengan servis Shopee. Semua email Yura dibalas pada hari yang sama.

Jadi lepas ini, jangan takut kalau ada penipuan ke apa. Email sahaja pada Shopee. Lepas ini boleh lah terus guna apps, sebab dengan apps Shopee, boleh cek tracking sekali. Tambahan lagi siap boleh chatting dengan seller kalau ada masalah apa-apa ke.

Sekian sahaja cerita Yura mengenai pengalaman ber-shopping di Shopee. Sebagai info tambahan, gambar guna filter, Yura tak seputih gambar. Haha.Wassalaam :)

12 comments

  1. Replies
    1. ouh haha ini color ibu Yura pilih.Btw thanks ^^

      Delete
  2. selalu shopping kat lazada.bole try ni pulak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom jom! Harga dia lebih murah dari lazada tau !

      Delete
  3. Kalau beli in bulk kiranya selamat lah ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, make sure tanya dulu seller tu dulu mcm mana delivery, guna pos apa, dan boleh pulang tak kalau ada barang yg damage.

      Delete
  4. selamat sore. terimakasih sharing pengalamannya kak. semakin yakin bershoping nih. ternyata shopee ada juga di Malaysia yah. kami baru memasarkan produk petani lokal sehat, utamanya bunga telang di toko online shopee Maguantara5678. boleh mampir jika berkenan. tidak tahu juga apakah dimungkinkan melihat toko lintas negara.

    ReplyDelete
  5. salam,mcm mana nak check num tracking shopee? mcm mana nak sahkan email kat shopee? first time beli kat shopee. tq harap membantu

    ReplyDelete
    Replies
    1. wassalam, lps awak order, nnt dia kan ship. Pergi dekat PURCHASE>TO SHIP> Nanti akan ada detail order. Shopee biasanya akan notify kalau seller masuk no tarcking.
      Boleh log in guna email, kalau guna email , pergi dekat inbox email and tekan verify link dia akan bagi. Harap membantu ^^

      Delete
  6. npe x boleh guna kad debit ye. asyik kluar kad kredit jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Make sure kad debit awak ada VISA atau MasterCard. Kadang2 nama je Credt Card but boleh nak guna debit

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')