Spa Percuma Dari Naarabelle Facespa


Macam kenal muka tu kan? Siapa tak kenal Sharifah Nabilla Al-Yahya atau nama popular beliau Belle Yahya. Owner Bella Ammara tu! Alhamdulillah Yura dapat merasa pergi Opening Day Naarabelle Facespa. Kalau sebelum ini Bella Ammara menjual pakaian muslimah , kini mereka juga ada membuka spa tau.

Persoalannya sekarang macam mana Yura boleh dapat free tu! Hahaha inilah untungnya kalau ada sahabat yang sangat alert dengan instagram post dari Bella Ammara. Yura diajak oleh teman-teman Yura untuk datang ke sini seawal jam 7 pagi lagi, kerana 10 yang terawal akan mendapat spa treatment percuma dari Naarabelle Facespa.


Inilah kawan-kawan Yura. Mereka punya idea lah untuk datang ke sini berpagi-pagian untuk mencuba nasib. Manalah tahu dapat dan alhamdulillah dapat! Masa Yura datang dah ada 5 orang menunggu di depan kedai spa ni. Yura tak tahulah mereka datang pukul berapa. Nak rezeki lah kan hujan lebat pula waktu tu. Kami bertolak dari UIA pukul 7 pagi.



Lihatlah wajah-wajah insan sepuluh terawal menunggu di hadapan Naarabelle Facespa. Kami sempatlah berbual kosong sambil menunggu jam pukul 10. Aunty sebelah Yura tu bukan main happy dapat jadi sepuluh terawal.


Sekitar jam 9 pagi, staff mereka pun sampai. Seronok tengok staff mereka comel-comel berseragam hijau menghulurkan senyuman pada kami. Staff mereka membuka kedai dan membersihkan bahagian dalam kedai sampai lah pukul 10 pagi barulah Yura dapat masuk.


Masuk sahaja ke dalam, wow! Pertama kali datang ke spa lah katakan. Tempatnya sangat canti dan kemas. Kami bersepuluh diberi beg berisi baju dari Naarabelle Facespa. Lepas tu kami perlu isi borang mengenai masalah kulit yang kami alami beserta harapan selepas mendapat rawatan spa.


Sedang kami menunggu giliran, datanglah Kak Belle. Punyalah teruja kawan-kawan Yura. Sempat lah Yura bergambar bersama dengan Kak Belle. Dapat juga jumpa anak dan suami Kak Belle. Kak Belle sangat ramah dan tak lokek dengan senyuman. Cantik pula tu!


Ini adalah review Yura untuk perkhidmatan spa dari Naarabelle Facespa:

  • Staff yang peramah. Walaupun Yura dapat percuma, staff sangat baik dengan Yura. Senyum sentiasa. 
  • Bilik yang selesa. Peralatan terletak dekat sahaja dengan katil,jadi kita boleh nampak staff mereka buat apa.
  • Muzik yang menenangkan. Salah satu faktor Yura terlelap sekejap. Music piano nya begitu mendamaikan. 
  • Rawatan spa sangat memuaskan. Start dari pembersihan muka,scrub,urutan muka dan pembuangan bakteria  dan kuman selepas buang blackhead dan whitehead dengan LED Mask (seperti dalam gambar).Paling puas bila sesi membuang blackhead and whitehead menggunakan machine. So far tiada yang menyakitkan muka.
  • Muka bersih dan lembut selepas rawatan. Segar sahaja rasa. Takde lagi minyak-minyak. Paling seronok tiada lagi blackhead dan whitehead. Alhamdulillah, even time Yura taip entri ini pun muka still terasa bersih.


Terima kasih Naarabelle Facespa. Jangan lupa like dan follow facebook dan instagram mereka. Manalah tau anda juga berpeluang mendapat rawatan percuma! 

8 comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')