Oval Brushes Murah Tapi Best


Review oval brushes pula kita kali ini. Baru nak berjinak-jinak dengan beauty blender, datang pula trend baru sekarang iaitu oval brush! Selalu Yura tengok dekat YouTube, ramai yang rajin guna untuk blend foundation , macam best pula. Yura punya beauty blender pun macam dah nazak pula, jadi Yura pun beli lah. Yura beli yang murah je, since Yura pun bukan hebat sangat make up2 ni.


Alhamdulillah selamat sampai. Tak tau nak cakap, mula-mula rasa takut juga sebab beli online kan, tak dapat nak rasa bulu2 brush tu. Bila dah sampai, dengan rakusnya Yura buka bungkusan. Comel sangat! Paling best beli semalam, hari ini sampai. I am crying...


Okay sila beratur anak-anak. Tak tau nak cakap , mula-mula tu bingung sorang2 sebab tak tau function setiap brush. Nah, sekarang Yura siap lah label kan untuk anda semua. 1 set ada 6 batang. Tapi ada juga yang jual sampai 10 batang. Takpelah Yura takut beli banyak-banyak tak pakai pulak.


Ini review Yura terhadap oval brushes yang murah ni :

  • Cantik. Sebab pemegang dia silicone warna hitam, campur plastik warna ala-ala gold gitew. Nampak eksklusif lah kan, walau pun murah haha.
  • Berus yang lembut. Yang ini hati-hati sikit sebab kena make sure bulu yang dibeli tu daripada apa sumbernya. Selalunya synthetic lah kalau yang murah ni
  • Blended perfectly! Ya sangat perfect. Dia tak sama lah dengan berus-berus biasa. Lagi-lagi berus foundation tu. Dah la gemuk kan, memang best tonyoh kat muka.
  • Tahan. Yura tak berani kata lah yang berus ni tahan 1 tahun, tapi so far sepanjang Yura guna tak pernah lagi bulu dia tiba-tiba luruh. Elok sahaja tersusun.
  • Murah. Ya itulah faktor utama Yura beli. Yura beli kat kawan Yura. Harga? Bawah RM 40, dalam RM 30++. Maybe ada yang lagi murah , anda boleh cari ramai ada orang jual!


Macam inilah cara pegang berus ni. Jari kita letak pada pegangan warna gold tu. Lepas tu berus lah pada muka kita mengikut tahap yang sepatutnya. Berus ni kena basuh kalau agak-agak dah lama sangat guna. Supaya terhindak dari bakteria , bahaya untuk kulit nanti.

Akhir kata, kalau ada siapa-siapa yang berminat nak berus macam ni, boleh email Yura di syifhamahzan@gmail.com atau boleh PM Facebook Yura : Syifha Mahazan. InsyaAllah Yura boleh tolong carikan untuk awak. Ok terima kasih sudi baca. Wassalam.

4 comments

  1. Cantiknyaa brush, gold gittewww...

    ReplyDelete
  2. comel je kan! kalau sy jenis gila mekap mmg dah terjebak jugak ni hahah!

    ReplyDelete
  3. raizah pun teringin nak beli oval brush ni sebab selalu sangat tengok matsaleh tonyoh tonyoh muka dorang dengan benda alah ni >,<

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')