DIY Gambar Jadi Seperti Dalam Majalah


Assalamualaikum semua. Maaf baru nak update. Ok hari nipost special sikit Yura bagi. Sesi DIY. Selalunya tutorial sahaja kan. Post kali ni memang sesuai sangat untuk mereka yang sedang berbisnes dan nak promote barang tu biar nampak ala-ala mahal gitew.

Baiklah tanpa buang masa lagi, Yura terangkan step-step nya. Pertama sekali, anda perlu bina sebuah bekas bernama 'Light Box'. Dekat Facebook dah ada jual light box ni, cuma harganya sangat mahal. Jadi Yura ambil inisiatif, buat sendiri sahaja. Tak sampai RM 30 pun kosnya.



Barang-barang yang anda perlukan ialah :
  • Sebuah kotak yang tidak digunakan. Kalau boleh biarlah berbentuk segi empat sama. Size terpulang. Kalau barang anda jenis bersaiz besar, elok cari kotak yang besar.
  • Gunting,stepler atau pita pelekat
  • Kertas putih seperti kertas mahjung
  • Pembaris dan pensel



Pertama sekali, guntingkan bahagian penutup kotak yang dekat tepi tu. Sebab kita tak akan pakai pun. Gunting tu biarlah yang tajam, kalau tak memang lenguh jari-jemari awak nak gunting kotak yang tebal tu.


Kedua, buat lukiskan lubang pada sisi atas, kiri dan kanan kotak tersebut menggunakan pensel dan pembaris. Dan kemudian gunting. Tinggal hanya satu sisi yang tiada lubang untuk dijadikan tapak. Hasilnya seperti gambar di bawah.


Ketiga, ambil kertas mahjung tadi lekatkannya di luar lubang-lubang kotak tersebut dengan menggunakan stepler atau pita pelekat.



Terakhir sekali, tampalkan mahjung dari dalam kotak. Yang ini anda perlu ukur size lebar kotak sebelum potong. Panjang kertas tersebut memenuhi sampai ke tapak kotak. Anda boleh rujuk gambar untuk lihat macam mana Yura buat seperti di atas.

Dah siap!

Baiklah sekarang light box dah ada, macam mana pula nak guna? Okay, apa yang anda perlukan ialah :
  • Telefon yang ada torchlight
  • Barang untuk diambil gambarnya (e.g: Bedak Compact)
  • Telefon untuk anda ambil gambar
  • Aplikasi VSCOCAM

  1. Letak kan barang anda pada tapak light box (yang tidak berlubang).
  2. Buka torchlight telefon dan letakkan nya bersebelahan dengan barang, tapi jangan terlalu dekat. Supaya nanti tak termasuk dalam gambar. Cahaya akan memenuhi ruang light box.
  3. Ambil gambar mengikut angle yang anda mahu.
  4. Gambar berbayang? Buka aplikasi VSCOCAM, adjust setting contrast paling tinggi. Boleh try adjust yang lain mengikut citarasa anda seperti tambah filter. BAM! Gambar anda jadi ala-ala dalam majalah.

Sekian sahaja sesi DIY dari Yura. Semoga anda faham dengan apa yang Yura perkatakan. Jangan lupa komen untuk sebarang pertanyaan!

Di sini Yura sertakan beberapa contoh yang Yura berjaya buat dalam ig shop Yura. :)



Sekian sahaja. Wassalam.

21 comments

  1. uihh patutlaa cantik gmbr2nya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Xdelah cantik mana. Boleh la nak buat modal ig :'D

      Delete
  2. nak buat jugak lah :D i love pretty pictures!

    ReplyDelete
  3. Cantiknya gambar. Thanks for the tuto :D

    ReplyDelete
  4. Bagusnya tips ni! hihi. thank you.

    ReplyDelete
  5. mak aihhhhh
    thanks yura untuk tips.. sekarang jugak i g cari kotak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha no problem. Cepat cari kotak sampai jumpa

      Delete
  6. Bagusnya tips ni.. nak kena cari kotak nampaknya. Thanks Yura for sharing! :D

    ReplyDelete
  7. Wow...memang cantik sgt. Nampak perbezaan yg ketara. Macam pr0 photographer yg ambil ni. Nice sharing Yura (^^,) Thanks~

    Regards,
    SNM_Yana Afi Mohamed

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome SNM. Thanks for the comment

      Delete
  8. kreatif sangat. ilmu berguna ni :D

    ReplyDelete
  9. This one is a win! thank you postnya. bleh lah suda me cri kotak2 xguna. hehe.

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')