Pabila Facebook Yura di Hack


Assalamualaikum. Hai semua. Hari ini Yura nak cerita something yang sangat BEST yang Yura nak kongsikan dengan followers Yura. Wah , apalah yang best sangat tu. Bahagia kah Facebook kena hack?! Eh..

Apa yang Yura nak kongsikan ini sebenarnya Yura baru sahaja mencuba nasib di salah satu website. Apakah website itu? Nama website tersebut ialah Take This Lollipop. Website ini akan cuba menggodam facebook anda. Disebabkan Yura rasa tercabar, Yura pun mencuba nasib. Muahaha.


Cantik betul interface website ni. Memang sedap mata memandang kan. Ditambah pula dengan ayat I DARE YOU itu, memang membuatkan diri rasa nak sahut cabaran website ini. Yura cuma perlu Log In menggunakan akaun FB Yura. Seterusnya anda tahu apa terjadi?


Yura dipaparkan satu video seorang lelaki mat salleh di dalam sebuah bilik yang gelap dan sunyi bersama sebuah PC cuba melakukan sesuatu. Ditambah pula dengan bunyi seram, memang seram gila dibuatnya. Cepat-cepat Yura perlahankan volume. Akan keluar percentage loading. Lagi cepat loading, tandanya FB anda tak berapa secure.

Tiba-tiba sahaja lelaki mat salleh tu berjaya masuk ke akaun Yura, maka keluarlah gambar-gambar yang sepatutnya private. Tapi Yura tergelak pula sebab dalam FB Yura banyak gambar merapu macam gambar Naruto. Tiba-tiba rasa kelakar. Alhamdulillah, Yura memang jarang upload gambar kat FB.


Sebenarnya Yura nak ceritakan, Yura ambil subject Management Information System sem ini. Dalam subject itu, Yura ada belajar pasal security. Pensyarah Yura perkenalkan pada kami website ni. Anda boleh uji tahap security Facebook anda. Lemah tahap security, lagi senang facebook anda di godam oleh website ini!

Pensyarah Yura mula mencari volunteer dari kalangan kami sekelas. Seorang sister wakil menggunakan FB nya untuk di test. Bila test, maka reveal lah segalanya. Sister tu pun kata, gambar yang keluar itu dah di set private. Tak sangka website itu berjaya HACK!

Datang lagi seorang volunteer dikalangan pelajar lelaki. Brother tu dengan yakin log in mengguna akaunnya. Nak tahu apa terjadi? Website tu loading LAMA dan show nothing! Yura tak sangka.

Pensyarah Yura pun tanya "Apa rahsia brother?". Brother tu jawab,"Password saya strong madam dan saya guna double authentication. " dan kami semua beri tepukan kepada brother tersebut. Wah!!!

Jadi konklusinya di sini, pastikan anda set password anda dengan betul. Lagi-lagi jika anda menyimpan SEGALANYA di dalam FB. Ini cuma sekadar perkongsian. Anda boleh pergi ke website www.takethislollipop.com untuk mencuba nasib. Semoga bermanfaat!

2 comments

  1. wahh..hebat website ni yura..how r u yura,suka information ni..thanks for sharing.sory lama tak dapat jenguk blog ni..sis follow sini

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')