Salam 2017 daripada NAKAHIME


Assalamualaikum readers! Salam 2017. Yura nak mintak maaf sebab dah lama sangat rasanya tak update blog, disebabkan perlu beri komitmen yang cukup tinggi semester ini. Credit hour semester ni agak banyak tak seperti semester sebelumnya.

Alhamdulillah, Yura telah pun update semua page dengan latest post. Kalau tak mesti sama sahaja kan. Baiklah sebelum itu Yura nak beritahu secara rasminya REVIEW BLOG PERCUMA dari NAKAHIME telah pun tamat. Terima kasih kepada mereka yang telah pun menjadi sebahagian daripada segmen review percuma ini. Ada juga yang bertanya, kemudian senyap sahaja. Tak apa Yura faham.

Ok untuk permulaan 2017 ini, Yura buka dengan ucapan "Assalamualaikum semua!". Posting 2016 yang Yura ada buat sebelum ini mungkin ada yang tersinggung di mana-mana, Yura mohon maaf zahir dan batin. Semoga blog ini bukan lah jadi salah satu menyebab Yura terkandas di akhirat sana. 
Jadi hari jadi anda pada tahun ini jatuh pada hari apa? Yura punya hari Ahad!

Seterusnya kepada beberapa orang blogger yang ada message Yura di Contact Me di bahagian sidebar Yura tu, Yura nak beritahu Yura dapat semua message anda. Yura akan balas semua hari ini juga. Mohon maaf sebab lambat sekali balasnya.

Ok sekian sahaja. Nantikan post Yura selepas ini. InsyaAllah akan lebih rajin update walaupun cuti semester cuma 3 minggu. Alhamdulillah Yura akan kerjakan umrah minggu hadapan. Kalau rajin Yura akan kongsikan pengalaman Yura di sana nanti untuk kemudahan pembaca pada masa akan datang. Doakan Yura selamat pergi dan balik ya. Wassalam.

4 comments

  1. Rajin2 update ea...nnt dtg jenguk lg hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah thank you sudi jenguk blog simple ni haha

      Delete
  2. Birthday hari selasa, hehehe. Anyway, Salam 2017 too! =)


    New Update: How My Senior Year?

    ReplyDelete
  3. Salam 2017.. moga dipermudahkan urusan...

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')