ToolTips : Cara Log Out Account Email Dalam Device Lain


Hai assalamualaikum. Hari ni Yura nak bagi tooltips baru untuk korang since situasi seperti ini pernah terjadi pada sahabat Yura. Situasi seperti apa tu?

Situasi di mana kita pernah log in account di dalam device lain seperti di computer lab, library atau cyber cafe dan kita terrrrlupa untuk sign out. Lebih parah lagi jika anda terlupa untuk untick "remember me".

Jika anda bernasib baik , user seterusnya akan sign out untuk anda. Tapi bagaimana pula jika user tersebut bukan seorang yang jujur. Seperti yang berlaku pada kawan Yura, user tersebut telah mengubah default picture (dp) akaunnya. Jelas sekali, user tersebut bukan seorang yang amanah. Perkara yang lebih buruk boleh terjadi. Bahaya bukan?

Jadi hari ini Yura nak ajar cara-cara log out akaun anda dalam device "asing" yang pernah anda guna sebelum ini. Caranya mudah sahaja :

  • Log-in akaun email anda 
  • Pergi ke inbox > scroll ke bawah sekali dan anda akan nampak "Last account activity:....Details"
Paparan berdasarkan akaun Gmail
  • Klik Details
  • Akan keluar pop-out list kan device yang pernah anda guna sebelum ini
  • Klik "Sign out all other web sessions"

  • Siap! Untuk lebih selamat pastikan anda tukar password anda. 
Itu sahaja perkongsian dari Yura. Semoga bermanfaat. Assalamualaikum!

1 comment

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')