Resepi Ramadan : Oat Dark Chocolate Banana Muffin


Assalamualaikum semua. Kali ini Yura nak kongsi resepi lagi. Yang pasti resepi yang Yura buat semuanya senang ngat ngat. Ok nanti jadi macam kat atas. Macam biasa Yura tak guna tepung. Yura pakai oat, so lepas makan satu je dah kenyang. Jom tengok bahan-bahanya.



Disebabkan Yura dah ter delete gambar bahan-bahannya. Yura kena listkan lah untuk semua. Ok bahan-bahannya ialah :

  • 3 biji pisang 
  • 3 biji telur
  • 1 cawan madu
  • 1 cawan susu
  • 2 cawan oat
  • 3 sudu teh serbuk koko
  • 1 1/2 sudu teh baking powder
  • Dark chocolate bar (Hiasan)

  1. Pre-heat oven 175 celsius (Wajib buat)
  2. Lenyekkan pisang sampai lumat. Campurkan semua bahan yang Yura BIRU kan tu dan kacau guna pemukul atau mixer
  3. Di bekas yang berasingan, masukkan oat + serbuk koko +baking powder, dan kacau sebati
  4. Masukkan bekas bahan di step 2 ke dalam step 1 dan jadilah macam dalam gambar dekat atas
  5. Kemudian masukkan ke dalam bekas muffin 

6. Hiaskan chocolate bar ke atas muffin korang. Letak banyak lagi best. Yura guna jenama Dream Smart. Satu packet ada 4 mini bar.

  
 7. Kemudian masukkan ke dalam oven yang dah di pre-heat dan setkan suhu 175 celsius/30 minit dan gunakan api bawah ye


8. Ok dah siap nanti jadi macam ni. Boleh lah makan untuk sahur atau berbuka!


Sekian sahaja resepi ramadan dari Yura. Semoga bermanfaat untuk puasa anda. ;)

No comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')