Resepi Ramadhan : Gluten-Free Lemon Bread


Assalamualaikum semua! Yura kembali lagi setelah sekian lama berhempas-pulas (lah sangat) dengan belajar. Tak sempat nak update post. Insya-Allah, Yura akan update posting-posting baru dalam slider. Mesti bosan tengok gambar yang sama kan haha. I feel you.

Jadi hari ini Yura nak share kan satu resepi yang Yura buat pada 1 Ramadhan. MasyaAllah, ini lah kali pertama Yura baking tanpa rasa penat. Sebab apa? Sebab ianya mudah sangat! Tak perlu nak leceh-leceh nak sental itu ini. Apa rahsianya?


Resepi yang Yura nak kongsi ni adalah sejenis roti yang diletakkan di dalam bekas muffin. Apa yang bestnya degan resepi Lemon Bread ni? Ia nya adalah GLUTEN-FREE! Maksudnya Yura tak pakai sebarang jenis tepung pun. Uish biar betul! Sekali anda makan dah terasa kekenyangan nya.

Jadi mari kita proceed terus kepada bahan-bahannya.

  • 3 biji telur
  • 2 setengah cawan oat 
  • 3/4 madu asli
  • 1/4 cawan perahan lemon
  • Sedikit parutan lemon (lemon zest)
  • 2 suku sudu baking powder
  • Secubit garam
  • 1 cawan Greek yogurt
  • 2 genggam kismis campuran/ kismis sahaja (mengikut citarasa)

1. Wajib buat : Pre-heat oven 180 celsius. Mula-mula pecahkan telur dan kacau menggunakan pemukul telur. Tak perlu lama-lama. Agak-agak dah berbuih tu cukup.

2. Kemudian masukkan oat kita. Kemudian sambung pukul. Seterusnya, masukkan bahan-bahan yang Yura PURPLE kan dia atas dan kacau lagi.


3. Kemudian, masukkan campuran kismis kita atau anda boleh cuba kismis sahaja atau anda boleh letak chocolate chips pun boleh jika anda tak suka kismis kan. Mengikut citarasa masing-masing.


Untuk pengetahuan semua, Yura suka beli bahan yang organic. Anda boleh dapatkan kismis dan pelbagai bahan organic yang murah harganya di Lazada .



4. Ok siap dah bahan-bahan adunan kita. Sekarang anda hanya perlukan bekas untuk letak adunan. Yura guna bekas muffin sahaja sebab Yura malas nak potong-potong bila nak makan nanti. 


Muffin paper gambar Doraemon saja yang ada. 

5. masukkan ke dalam muffin paper anda mengikut kuantiti yang anda suka lah. Kemudian letakkan ke dalam oven anda yang telah di pre-heat tu. Set kan masa 30 minit dan suhu 180 celsius.

Perhatian untuk oven yang ada Upper and Lower heat, Yura suggest guna Lower heat, jangan guna Upper okay. Ini untuk memastikan roti tidak cepat hangit di permukaan dan masak di dalam.

6. Cucuk menggunakan pencungkil gigi untuk cek dah masak ke belum. Kalau dah masak boleh keluarkan dan sejukkan. Mohon jangan makan jika anda bake di siang hari pada bulan Ramadhan.


Tarrra! Dah siap! Cantik molek gitu. Ok apa rasanya roti ni yang boleh Yura janjikan? (Macam nak promote produk pula)

  • Kenyang! Sebab Yura tak guna tepung. Jadi jika anda makan 2 ketul, serious tak payah makan nasi dah. Sesuai sangat untuk berbuka dan bersahur.
  • Roti inovasi baru. Boring dengan rasa roti yang common. Lemon bread ni ada rasa masam dari lemon tu dan manis dari  kismis.
  • Menyihatkan! Sebab tiada minyak dan manisan dari madu asli bukan gula tau. Ada kencing manis pun boleh makan. InsyaAllah.

Alhamdulillah selesai dah resepi yang Yura nak kongsikan. Semoga bermanfaat untuk semua. Apa yang penting ianya repi makanan yang sihat dan mudah. Sihat sebab datang dari bahan-bahan yang organic. Yura selalu jumpa bahan organic yang murah dekat sini. Sekarang tengah ada promosi kaw-kaw dari Lazada sempena hari raya yang bakal menjelang tak lama lagi. Promosi Riang Ria Raya !

Marhabahan Ya Ramadhan! Selamat berpuasa semua. 

2 comments

  1. Tq for sharing Yura! Masukkanlah entry resepi dalam contest Lazada Ramadhan, mana tahu boleh menang. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome Azwar. Jom lah join sekali. Mana tahu boleh menang ;)

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')