Resepi: Fried Seafood Noodle Bonito With Eat&Slim


Salam semua! Resepi kali ini Yura berkolaborasi dengan product Eat&Slim tau. Seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ini, Yura akan gunakan Cha-Cha Sauce sebagai salah satu bahan resepi kali ini. 


Inilah dia Cha-cha sauce yang kita kan gunakan. Jika korang tak de sos ini pun tak pe, boleh pakai sos jenama lain. Yura prefer yang ini sebab ianya rendah kalori. So yeah rasa dia berbeza dengan sos-sos biasa. Semestinya pedas memikat hati Yura.


Bahan-bahan yang diperlukan seperti dalam gambar di atas:
  • 1 pack konyaku mee
  • Ayam dipotong kecil
  • 5 ketul udang
  • Lada bengala dan lobak merah yang dipotong halus
  • 1 biji bawang Holland 
  • sedikit minyak zaitun
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp chacha sauce
  • Blackpepper
  • Garam
  • 1 cawan pucuk taugeh


1. Mula-mula kita buat dulu telur dada dengan sedikit garam. 

2. Kemudian di dalam kuali yang berbeza, tumis guna bawang dan minyak zaitun sampai dia jadi 
warna golden macam tu

3. Masukkan dahulu ayam, udang, lada bengala dan lobak merah

4. Setelah ayam dan udang dah masak, masukkan konyaku mee dan masukkan blackpaper dan garam

5. Kacau sehingga mee lembut dan masukkan pucuk taugeh 

6. Jangan lupa sos rahsia kita, cha-cha sos dan gaulkan sehingga sebati !


7. Lepas dah siap masak, letakkan fried noodle kita ke atas telur dadar tadi.


8. Siap untuk diletakkan dalam pinggan. Just telangkupkan sahaja kuali tadi. Sapukan cha-cha sos dan jangan lupa mayonese kita 

Dah siap! Mudah sahajakan. Tak susah pun! Yang paling penting rendah kalori. Minyak zaitun bukan minyak biasa. Sos tanpa gula dari cha-cha sos. Jadi apa lagi, boleh la rasa. 


Yura dah buat dah Yura punya. Ada bahan yang Yura tak ada, Yura ganti dengan broccoli. Mee Yura guna brown rice noodle. Sebab tu warnanya perang. Paling penting cha-cha sos. Kenyang gila makan. Sebab banyak sayur kan. Memang rasa penuh perut. 

Mana nak dapat cha-cha sos? Boleh baca entry yura sebelum ini. Klik sini. Sekian sahaja resepi dari Yura dengan Eat&Slim. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Wassalam.

7 comments

  1. nice one... nak mintak delivery boleh ke heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha boleh tapi sos je kalau nak hehe

      Delete
  2. Wah tak pernah lagi jumpa chacha sauce hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha Yura pun first time rasa, sedap gilos

      Delete
  3. 1st time tamakanan ni.
    Best nampaknya.

    Thnks yura.

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')