Resepi Mudah : Cara buat Cloud Bread


Assalamualaikum semua. Wah sekarang tengah trending Cloud Bread. Hurm tiba-tiba Yura rasa macam nak cuba juga. Tapi Yura tengok macam-macam jenis resepi ada. Akhirnya Yura jumpa juga yang hanya guna 3 bahan je uolls. Tak payah banyak-banyak!


Ni bahab-bahan nya :
  • 1/4 sudu Baking Powder
  • 2 biji telur
  • 2 sudu Cream cheese
Mudah je kan. Ok ada penambahan kat sini, kalau boleh kena ada kertas minyak untuk letak dalam oven nanti, supaya tak melekat.

  1. Asingkan telur kuning dan letakkan ke dalam cream cheese, kemudian kacau.
  2. Lepas itu, campurkan baking powder ke dalam telur putih , then kacau telur putih tu sampai jadi warna putih. Boleh guna mixer untuk jimatkan masa.


3. Kemudian ambil campuran telur kuning dan cream cheese tadi ke dalam telur putih dan kacau sampailah warnanya jadi macam kuning pucat-pucat macam tu.


4. Masukan bahan campuran ke dalam tray. Ikutlah nak besar mana. Kalau Yura satu sudu pun cukup. Jangan lupa kertas minyak tau. Nanti melekat pulak.


5. Ok last step , bakar 150 degree celcius dalam masa 20 minit. Dan tarrraa, dah siap. Boleh buat roti burger tau. 



Fakta menarik mengenai Cloud Bread ialah ianya rendah karbohidrat tau. So yang nak diet tu tapi takut nau nak makan roti, boleh lah cuba cloud bread ni. Tak silapnya 1 roti hanya 4g carb. Sikit betul kan. 
Sekian sahaja resepi kali ini. Gambar sumber dari video ini. Kongsikan kepada kawan-kawan. InsyaAllah bermanfaat. Wassalam.

2 comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')