Review: Crunchy Crunch Popia Seaweed Ms Kimmy


Assalamualaikum semua. Pagi Yura di terjah oleh Abang posman yang menghantar bungkusan Popia Seaweed daripada @_mskimmy tau. Masya-Allah, lajunya servis. Ini memang tak sempat nak mengidam ni, cepat betul sampainya.



Packaging yang sangat secure, berlabelkan FRAGILE di situ. Memang terbaiklah. Tak rosak dan hancur popia Yura. Dapat pula tengah-tengah puasa, tak sabar rasanya nak tunggu waktu berbuka. Ok Yura dapat 3 perasa. Dari kiri Kimmy Curry Puff , Kimmy Cheesy Cheese dan Kimmy Seaweed Original. Hah cukup 3 perasa nak makan depan laptop sambil layan drama Korea.


Kimmy Seaweed Original, peh lepas makan seketul, tak berhenti pulak dibuatnya. Nama sahaja original tapi rasa bukan biasa-biasa gais. Terasa seaweed dia manis-manis crunchy gitu. Bukan rasa tepung popia tu je tau macam orang lain jual. Terbaik lah. Kuantiti keropok tu baru suku dari plastik tau. Bukan semua.


Kimmy Curry Puff pula warnanya oren terangl, nampak rempah-rempah dia lebih banyak. Yura makan yang ini, boleh rasa rempah kari dan perasa ayam dia masin manis. Seperti biasa , rasa seaweed masih terasa. Ok yang ni Yura kena sorokkan dari adik Yura. Muahaha.


Ok kalau yang tadi kena sorokkan dari adik, yang ini kena sorokkan dari family. Sebab apa, Kimmy Cheesy Cheese ni tengok pun tau dah sedap. Siapa tak suka cheese kan. Ini pulak kombinasi kulit popia plus seaweed plus cheese. Macam biasa, kuantiti dalam gambar tu suku dari bungkusan. Banyak tu pun dah kenyang dah.


Sebagai penutup Yura nak bagi 5 star lah , sedap sangat. Menepati citarasa Yura sebab ianya tidak terlalu berminyak dan tak terlalu masin. Kalau ada darah tinggi pun boleh makan. Lagi satu harga dia murah je awak-awak. Setiap bungkusan berat 100g tau. 

Kimmy Seaweed Original RM 5
Kimmy Cheesy Cheese RM 6.50
Kimmy Curry Puff RM 7

Boleh follow @_mskimmy kalau nak tengok update dan feedback. Dengar cerita ada banyak giveaway tau. Sekian sahaja review ikhlas daripda Yura. Wassalam.

2 comments

  1. antara fave BV nie, popia seaweed. bestnyaaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke, Yura baru nak cuba popia seaweed ni, mmg sedap masin manis semua ada

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')