Review : LÚCIDOL-L Argan Rich Oil Hair Treatment Cream


Assalamualaikum semua. Hari ni Yura nak review salah satu produk fav Yura untuk rambut. Yura beli dekat Watson tau. Macam mana boleh terniat nak beli? Yura perasan kita asyik jaga muka je, bila nak jaga rambut. Lagi-lagi sebagai wanita berhijab mestilah kita kelihatan anggun di dalam rumah dan di depan suami tercinta. Ewah.



Jadi Yura buat research dengan pertolongan Encik Google kita. Antara yang terbaik adalah Argan Oil. Minyak terbaik selepas Olive Oil dan minyak-minyak yang lain. Yura cari-cari kebanyakannya argan oil ini mahal. Sudah lah baru nak cuba, takkan nak beli yang mahal kan.


Yura jalan-jalan pergi ke Watson terjumpa lah Argan Rich Oil ni dan yang paling bestnya sebab ianya jenis cream. Yura tak berapa suka sangat kalau jenis minyak. Paling best bau dia, wanginyaaaa. Yura pakai dah dekat 3 bulan dah. Memang rambut jadi sangat lembut walaupun basuh dah banyak kali.


Ini pandangan belakang produk. Mungkin ada yang nak tengok-tengok. Cream ni sangat sesuai untuk mereka yang jenis tak suka pakai conditioner. Macam Yura kalau pakai conditioner, rambut jadi banyak kelimumur. Tapi alhamdulillah yang ni sangat terbaik. Yang penting sekali, korang boleh apply even rambut basah. Sebab ianya cream based bukan oil.


Mungkin ada yang nak tanya harga. Yura beli dekat Watson lebih kurang RM 23. Murahkan? 150 ml sangat worth it. Pakai bangun tidur dan sebelum tidur. Setiap kali anda bangun tidur, belek-belek rambut dekat cermin perasan perubahan rambut.

Semoga bermanfaat untuk anda yang sedang mencari produk untuk rambut. Brand LÚCIDOL juga ada jual yang oil based punya, tapi mahal lah sikit.

Ok sekian sahaja.Wassalam.

4 comments

  1. Macam best! Rambut saya kasar tapi tak suka pakai minyak sebab rambut dah berminyak pastu pakai lagi minyak ergh stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha kan. Sbb tu Yura suka cream je. Kalau minyak ni leciaq haha

      Delete
  2. echa pun guna ni. best sbb dia bagi rambut jadi lembab dan tak kering. cuma yg tak bestnya rasa melekit tu lambat hilang. rambut pun jd menempek je hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ouh yeke. Yura ok je pakai sbb syarat dia kena pakai bean size kalau nak apply. Dia dah saturated ☺️

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')