Review: Oil VS Water Based Make Up Remover, mana lagi elok?


Salam semua. Semoga sihat-sihat selalu. Hari ini Yura nak share sikit pasal make up remover. Benda paling semua perempuan yang suka make up mesti ada. Jangan biarkan muka korang make up dan korang remove guna cleanser biasa je. No no no. Sebab apa? Nanti liang-liang pori akan tersesak nafas maka berlakulah infection yang tak elok kat muka. Nanti hilang kecomelan awak.

Make up remover yang Yura nak review kali ini ialah 2 jenis make up remover. Dua brand yang berbeza. Satu jenama Watson dan satu lagi jenama terkenal Jepun, Biore. Yura terfikir nak compare 2 jenis make up remover ni.


Water based make up remover atau Watson cleansing water. Yura beli dekat Watson juga. Ada promotion. Harga asal RM 38 tapi promo dapat lah RM 25. Jadilah kan sebab besar gila. 485 ml kot. Lagipun Yura memang suka yang jenis pump dari yang tisu tu. Sebab Yura bukan jenis yang pakai make up yang heavy sangat.


Oil based make up remover brand Bioré ni Yura beli harganya agak mahal juga dalam RM 25 untuk 150 ml dekat Watson. Kalau nak murah tunggu ada promotion hehe. Make up remover yang ini Yura beli sebab ianya dicadangkan oleh seorang make up guru yang merupakan rommate Yura. Katanya sangat elok.


Jadi untuk test Yura pun nak demo sikit guna muka Yura.  Kalau tengok muka Yura, memang make up yang light gila. Hanya pakai moisturizer dengan foundation. Cover sikit dengan bedak compact. No mascara. Lipstick matte. Ok kira simple je lah kan. Nak pergi bank je kot haha. Ni kira gambar sebelum.


Kalau tengok first apply macam jenuh juga Yura nak menyental haha. Second apply, still lagi ada make up yang masih belum tertanggal. So far so good. Tak ada bau wangi dari cleansing water brand Watson ni. Muka Yura pun tak lah rasa gatal-gatal, semuanya bagus. Rasa segar macm tu.


Dengan hanya satu pump Oil Based Make Up remover dari Bioré first apply, memang tiada masalah sebab texture oily daripada Biore ni memang senang nak menyental. Dalam gambar nampak macam sikit, mungkin sebab faktor pencahayaan. Bagi Yura, first apply memang keluar habis make up tu. Second apply pulak, WOW terus takde dah kotoran yang melekat pada kapas. Paling suka bau honeydew dia. 

Mesti ada yang terfikir, muka dah lah berminyak lepas tu nak pakai make up remover oil based pulak. Serious lah? Hah! Itu lah yang Yura fikir mula-mula. Rupa-rupanya bila kita apply kat muka memang berminyak, tapi bila kita basuh guna air, minyak tu jadi macam air susu! So, tak delah berminyak muka tu. Wah, macam best kan!


Ini result selepas sental muka. Boleh nampak bahagian Water Based muka Yura still cerah lagi. Maksudnya kotoran tak hilang lagi sepenuhnya. Oil based pula, jelas nyata warna kulit Yura. Jadi dekat sini boleh nampak lah bezanya kenapa oil based jenama Bioré ini lebih mahal.


Sebagai penutup, oil based make up remover dari Bioré memang the best compare with water based brand Watson. Mungkin kesan berbeza pada jenama yang lain. Korang pulak macam mana? Make up remover jenama apa korang pakai? Share lah dengan Yura di ruangan komen.

Semoga entry ini bermanfaat untuk mereka yang nak cari make up remover yang betul-betul worth to buy. Sekian sahaja. Wassalam.

2 comments

  1. alamak,akak tak pakai pun makeup remover sebab tak make up...hehe.Tapi kalau pakai lipmatte selalunya guna wrt tisu atau minyak johnson je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha lipstick je takpe, yg penting kulit muka 😋

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')