Review: Tempat Menarik Di Petaling Jaya


Salam semua. Korang semua ke mana saja time hujung minggu? Duduk rumah saja? Eh, siapa kata cuti dua hari saja tak boleh pergi holiday? Bolehlah. Kita buat dia, bukan dia buat kita. Haha. So, jom Yura bawa korang jalan-jalan ya. 


Agak-agak mesti korang dah puas kan bercuti dekat kawasan yang aman dan damai saja, apa kata kali ni Yura nak ajak korang bercuti dekat bandar pula. Walaupun kawasan bandar jarang dilawati oleh pelancong tapi dekat bandar juga mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Nak tahu bandar apa??
Jeng, jeng, jeng! Bandar Petaling Jaya atau selalu dipanggil bandar PJ. Yeah! Sebenarnya, seronok juga tau kalau bercuti dekat bandar ni. Memanglah tak dinafikan tempat peranginan  di luar bandar lagi menarik tapi sesekali berubah angin, apa salahnya kan?

Seperti biasa, dah jadi perkara wajib kalau nak bercuti ke mana-mana sekalipun, pasti tempat penginapan menjadi perkara utama yang perlu dititikberatkan. Hmm, korang pun mesti mahukan tempat penginapan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang baik kan.
So, kalau korang bercuti di bandar PJ ni, Yura nak recommend kan satu hotel ni iaitu Crystal Crown Hotel yang terletak di pusat bandar Petaling Jaya, di PJS 52 yang mana kawasannya memang sentiasa hidup walau di malam hari.
Hotel ni menawarkan 300 bilik dengan rekaan dan citarasa yang menarik di setiap ruang. Macam mana Yura tahu hotel ni best? Mana lagi kalau bukan reviews daripada para blogger. So, Yura terus booking online untuk stay di sini dan kalau korang nak senang boleh try book Crystal Crown Hotel at Traveloka. Lagi mudah dan cepat.

Selain itu, apa yang Yura suka tentang hotel ni adalah lokasinya sangat strategik sebab terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, KLIA, KLCC dan Tasik Taman Jaya.
Nak habiskan duit dengan shopping pun mudah dan dekat, korang tak perlu pergi jauh-jauh sebab tempat penginapan ni berdekatan dengan Amcorp Mall, UMMC dan KB Mall.
Kalau korang nak ke tempat lain luar daripada bandar PJ ni pun boleh. Memang sangat mudah sebab ianya ada banyak akses yang bersambung dengan kemudahan awam seperti LRT, teksi dan bas. Nak lagi senang, naik saja Uber atau Grab Car lagi senang, tak payah pening kepala. So, tak perlulah korang nak tunggu lama-lama.

Tambah lagi, di hotel ni ada WI-FI free. Almaklumlah, travel dan internet memang berpisah tiada. Dunia cyber lah katakan. Mana boleh sehari kalau tak pegang handphone kan? Hihi.
Kemudahan di dalam bilik hotel juga boleh dikatakan agak perfect dengan katil yang empuk, ruangan bilik yang luas, bilik air yang bersih, dan yang paling syok ada bath tub. Bolehlah kalau nak berendam lama-lama. Tapi kalau rasa bath up tu kecil sangat untuk berendam, jangan risau korang boleh berendam di kolam renang terbuka yang telah disediakan. Haaa, dekat situ korang rendamlah puas-puas.
Apa yang lebih membuatkan Yura terpikat dengan hotel ni ialah mereka mempunyai friendly and professional staff. korang boleh bertanya dan minta tolong apa saja dengan mereka, pasti mereka akan membantu dengan hati yang terbuka.
Antara destinasi menarik yang korang boleh kunjungi di sekitar bandar PJ ialah Sunway Lagoon. Boleh dikatakan ia adalah sebuah taman tema di Malaysia yang paling popular. Tempat ni kiranya sesuailah kalau korang nak datang bercuti dengan family ataupun kawan-kawan.
Kemudian, korang boleh juga cuci-cuci mata di One Utama Shopping Centre di mana ia merupakan sebuah shopping mall yang sangat besar dan ada banyak lot-lot kedai yang menjual pelbagai jenis barangan seperti, pakaian, barangan dapur, barang harian dan sebagainya.
Korang nak berhibur bersama keluarga dan rakan-rakan pun boleh dengan melakukan aktiviti bermain bowling, menonton wayang, dan yang paling unik aktiviti bersantai atau photo shoot di Secret Garden yang terletak di atas bumbung kompleks ni.


Korang mencari tempat makan yang sedap dan best di sekitar bandar PJ? Jangan risau, terdapat banyak kedai-kedai yang menarik. Dekat dalam shopping mall Sunway Piramid pun banyak pilihan restoran yang sedap-sedap seperti Restoran Thai Thai, K Street, Ole-Ole Bali, Canton-i dan banyak lagi dengan pelbagai jenis hidangan makanan.

Satu lagi tempat makan yang Yura nak suggest kan dekat korang ialah IKEA Restaurant & Café. Dekat sini sangat popular dengan makanan western mereka terutamanya meat ball dan karipap. Rasa sekali pasti nak lagi.
Hmm, Yura sarankan korang yang gemar dengan karipap, silalah beli karipap IKEA lebih ya untuk bawa balik hotel. Mana tahu nanti termimpi-mimpi pula nak makan lagi. Hee. Jadi, apa kata jom la usha tempat penginapan best at Traveloka sekarang! Pasti percutian hujung minggu korang akan lebih menarik.
Ok sekian sahaja bebelan dari Yura. Wassalam!
Sumber gambar : Google

2 comments

  1. Good article Yura untuk sesiapa yg nak dtg visit PJ. Tp Sorry Yura, KB Mall? Mall apatu? And UMMC bukan tempat shopping kan dear.**Boleh edit statement berkenaan UMC. Perhaps you boleh replace letak Jaya Shopping Centre? My two cents.

    Cheers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you whoever you are. Yura tak perasan pun. Sebab edit last minute. Tak sangka ada org curi baca sampai habis. Thank you again 😘

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')