Kafe Ustaz Abdullah Khairi UAK Cantik Sangat

Friday, January 26, 2018


Kenal tak Ustaz Abdullah Khairi (UAK), ha ustaz yang kalau ceramah suka jerit tu haha. Yes, it's him. Tahu tak beliau ada cafe yang terletak di Glenmarie, Shah Alam. Apa yang best nya kafe ni ialah kafe ni cantik sangat!



Kalau korang nak sambut hari jadi ke ,nak buat majlis ke apa-apa Yura cadangkan sangat korang buat dekat sini. Sesuana dia tenang je walaupun tepi highway.

Nak cari tempat ni tak susah pun, cuma jalan dia agak dalam sikit. Bila sampai tu korang akan nampak signboaard muka UAK nanti, korang jalan terus je nanti sampai lah.


Disebabkan ianya kafe seorang ustaz, muzik yang dialunkan sepanjang Yura ada dalam kafe ni adalah lagu nasyid tau. Tenang je dengar. Sambil tu korang boleh cuba-cuba makanan dekat sini.  Bagi Yura rasa dia takdelah wow, just nice lah. Yura cuba yang western. Tak sure lah yang lain sedap ke tidak. Harga dekat sini semuanya standard price.


Kafe ni ada banyak sudut yang cantik-cantik tau. Lain-lain dekorasinya. Dekat luar lain, dekat dalam lain. Yura tak sempat nak bergambar sangat. Cuma yang ni antara gambar dekat luar yang Yura dapat ambil. Cantik ssangat!

Nak datang sini Waze sahaja: Kafe UAK

Okay tu sahaja. Semoga bermanfaat ya!

4 comments

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.