Makan Di K Fry Urban Korean Tanpa Perlu Beratur

Tuesday, January 09, 2018


Assalamualaikum semua. KFry bukan KFC. Ok Kry ni tak silap Yura ada dekat beberapa tempat saja. Setakat ni dekat Johor and Putrajaya. So dah kalau dua je branch nya, korang boleh bayangkan betapa sesaknya nak ke sana.


Yura cuba ajak kawan Yura , konon nak pergi pagi lah kan. So tak perlu nak beratur. Tapi kawan Yura ni genius dia pergi buat reservation. Haaa genius kan. Yura tak tau pun boleh reserve, tahu nak makan ja haha.

Macam mana nak buat reservation? 

Senang sahaja. Tak perlu whatsapp. PM sahaja dekat FB Kfry. Klik sini. PM lah bagi tahu bila nak reserve nya. Kalau boleh buat lah 3 ke 4 hari awal. Jangan esok nak pergi baru nak buat. Korang bukan reserve table je, tapi reserve Bumbuk tu sekali sebab Bumbuk tu cepat habis. Btw, link tu untuk yang branch dekat Putrajaya tau.

Betapa bahagianya kitorang sebab datang masuk macam tu je LIKE A BOSS. Orang lain semua beratur. Bahagia tak terhingga.

Makanan apa yang sedap?

Ok antara yang Yura makan dekat KFry:


Memang syurga dapat makan benda ni. Namanya Bumbuk. Ada 3 jenis dan Yura ambil yang ni sebab Yura suka pedas. Rasa dia pehhhhhh. Kalau korang nak tahu pekerja Kfry akan gulungkan ayam tu dengan cheese tu. Nak tunggu cheese tu masak lama juga lah. So better korang order benda lain dulu sambil dia gulung boleh kunyah-kunyah benda lain.


Ni lah Bumbuk. Bukan bubur lambuk tau. Memang selalu habis, so jangan lupa reserve siap-siap. Yura order yang tengah tu. Pedas tak? Sebab Yura jenis makan pedas, level pedas dia tak lah sepedas Samyang. Adik Yura cakap pedas gila. Ikut oranglah haha. Harga dia RM 49.90 :')


Okay adat makan dekat sini pakai sarung tangan. Orang kata pakai dua-dua belah lagi feel. Yura pun pakai lah.


Lepas tu Yura juga ada try Dakbulgogi Fries. Sedap topping dia, fries dia sama ja macam fries masak kat rumah. Tak cadangkan beli kalau korang dah beli Bumbuk tu. Bumbuk tu dah comes with fries yang lagi besar size dia. Last-last Yura bungkus bawa balik sebab kenyang.


Disebabkan lapar yang amat dan craving for cheese, kitorang try lah Kimgaru Bokkuembap ni. Sebab nampak sedap je kan. Sekali try rasa dia bukan citerasa Yura. Rasa dia macam nasi goreng telur kat rumah. Beria stuff dia gaul kan gitu. Kawan Yura kata dia suka, tp bagi Yura tak kot haha.

Dessert pun nak cuba juga. Yura try Matcha Green Tea Bingsoo. Tak sempat nak ambil gambar pulak. Bingsoo ni tak macam ais krim yang makan sikit je, korang dah muak. Bingsoo ni macam ice blend la macam tu. Memang tak muak. Yura suka matcha dia tak manis sangat. 

Okay kalau korang nak pergi, jangan lupa buat reservation tau supaya tak beratur. Dari segi layanan dia memang terbaik. Korang patut datang! Dah pergi ke? Kongsilah dekat Yura, fav food korang yang mana, mana tahu Yura boleh cuba lepas ni.

5 comments

  1. THaritu dah beratur dah tapi bumbuk tu habis. Dah la memang niat datang nak makan tu je. Sedih betul.

    ReplyDelete
  2. Nak buat reservation ni perlu bayar ke service dia?

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.