Makan Mee Segera Indomie Indonesia di INDOBOWL

Friday, February 16, 2018


Assalamualaikum, hari ni Yura nak review makanan dekat Indobowl. Terkenal dengan mee segera indomie. Nama saja tahu dah makanan Indonesia. Jadi Yura nak review best ke tidak berdasarkan selera Yura haha. Mohon jangan kecam.



Yura pergi Indobowl dekat SS15 Subang Jaya. Yura datang awal sebab dengar kata orang sampai beratur nak masuk kedai ni. Kedai dia kecik je bagi Yura. No wonderlah orang beratur kan. Kacau pulak Myvi ni, busy nak parking sebab nak dapat parking sini pun susah. Datang naik Uber or Grab lah tak payah nak cari parking.


Masuk-masuk je memang tak ada orang. Buka buku menu, macam-macam dia punya makanan. Kitorang decide ambil yang ini je Mambo Jumbo Platter, untuk 4 orang makan. Ada ayam, kambing, daging lembu dan sate ayam. Lepastu ada tiga jenis sambal. Tak sure sambal apa nama dia.

Susah juga masa nak beli Mambo Jumbo Platter ni sebab kawan Yura sorang ni tak makan pedas. Tapi tak apa, mari kita tengok review Yura.

Review Jujur :
  • Sambal dia tak pedas pun. Sedih tau sebagai peminat makanan pedas, sis kecewa haha
  • Mee dia memang sedap lah. Rasa manis-manis gitu. Tapi berminyak sangat.
  • Daging kambing and ayam dia sedap je. 
  • Yura bagi 3/5 bintang lah sebab Yura tak habis haha sebab berminyak so cepat muak


Betapa awalnya kitorang datang sini. Sampai tak ada orang. Tempat dia cantik dan sesuai lah kalau nak bergambar. Tapi kalau korang datang tengah sesak, susah jugak nak bergambar. 

Overall, korang boleh lah datang nak cuba-cuba. Yura still prefer samyang haha. #pedaspeople

3 comments

  1. Tengok rupa sedapnya mee tu. Boleh lah try indo mee ni nanti sebab lain dari yang lain.

    ReplyDelete
  2. Tak ingat dah bila last makan Indomie. Nampak sedap sangat tu. Hehe 😊

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.