Buka Puasa Makan Ayam Pedas Di Nene Chicken,Starling Mall

Thursday, June 07, 2018


Assalamualaikum semua. Sempena bulan Ramadan yang mulia ni, Yura berkesempatan berbuka puasa di Nene Chicken. Nene Chicken ni ada dua branch je setakat ni dekat Cameron dan Starling Mall,Petaling Jaya. Sebagai orang Selangor, Yura apa lagi ajak kawan-kawan merasa ayam pedas Nene Chicken ni. Katanya KFry pun kalah. Haa nak kalau nak baca review KFry Yura ada buat entri jugak. Klik sini.



Sebelum ke sini, adalah lebih baik kita usha dulu menu dan harga ya. Untuk berbuka puasa Yura dan 5 orang member ambil Dosirak Rice. Sebab nasi kan. Nak berbuka gitu. Lepas tu kitorang ambil Wingettes & Drumettes yang X-Jumbo sebab 3 orang member Yura ni tak makan pedas. So kena tambahlah RM 3 untuk mix flavour (Freaking Hot dan Original).


Sementara tunggu order sampai, prepare air masak nak minum berbuka nanti. Ok kalau korang nak tau, time Yura datang ni tak ramai pun. Sebab yelah orang puasa kan. Tapi bila nak dekat berbuka tu, amboi kemain ramai orang.


Alhamdulillah makanan dah sampai. Terus buka kotak. Kotak dia ala-ala pizza gitew. OMG ayam pedas dia nampak sedap and menarik betul. Yura rasa ayam dia memang pedas level Yura level biasa lah tak berapa nak freak sangat. Adalah suruh member tak makan pedas ni try, baru rasa sikit terus merah muka haha. Pedas lah tu! 

So siapa yang tak makan pedas tu, maybe pedas lah bagi diorang. Pedas dia tak sampai level samyang pun. Just nice lah sebab dia ada rasa manis-manis madu. Hurm taip ni pun rasa terliur. Kalau tanya size, agak comel sizenya nak compare dengan Kfry. So maybe KFry lagi puas, untuk rasa boleh kata nak dekat samalah. 



Sebab orang Melayu kan. Nasi is a must lah. Oklah nasi dia maybe color agak lain, tapi rasa dia macam nasi biasa je cuma tak berapa nak starch sangat. Maksudnya korang akan mampu habiskan walaupun mula-mula rasa banyak takut muak gitu. Tapi nope, nasi ni lain beb.

Yura paling suka Sweet Potato Fries dia. Tak de pulak gambar. But Yura suka huhu. Ok lepas ni datang Nene Chicken nak beli yang tu haha.



Muka happy betul nak makan tu. Kat sini style makan layan diri tau. So sudu garfu ambil sindiri ya.


Ni antara dua orang insan yang tak makan pedas. Tapi diorang suka jugak yang original. Banyak jugalah diorang makan haha.


Nak feeling-feeling Korea gitu. Mestilah kena makan guna sarung tangan plastic. Macam KFry jugak haha. Tapi kali ni sebelah je. Kalau tengok yang KFry, dua belah Yura pakai lulz.


Excuse my ultimate round face ok. Haha selfie lah sikit lepas makan tu. Happy tummy gitu. Memang kenyang tau. Fuhh. Thank you kat diorang ni lah bawak Yura datang sini sebab dah lama craving nak rasa.


Cukup lah 6 orang yeay. Muka ada happy, perut ada kenyang. Overall Nene Chicken ni lebih kurang KFry je ayamnya. Dari segi pemilihan makanan, tak banyak choice. KFry lagi banyak. Hope outlet ni buka kat negeri lain jugak so tak delah semua serbu PJ and Cameron je. Marilah kita doakan haha.


2 comments

  1. Replies
    1. tak ramai sangat sbb bulan puasa. Time berbuka tu ramai jigak lah :)

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.