Unik dan Sedap Gila Korean Food di Choo Choo Chicken Malaysia

Tuesday, December 11, 2018


Assalamualaikum semuaaa. Harini Yura nak share kan satu tempat yang korang wajib pergi untuk makan makanan Korea. Sebab apa? Sebab sedappppppppp! Tak nak banyak cakap, nak share terus pasal Restaurant Choo Choo Chicken ni sebab ianya memang lain dari yang lain. Kalau korang penggemar ayam yang disalut sos korea yang ada pelabagai perisa ... sini guys tempat dia!


Yura rasa macam happy gila dapat discover restaurant ni! Ok Yura excited nak cerita ni. Yang mana satu Yura paling suka and yang korang wajib try bila datang sini. Ok sabar-sabar. Teruskan membaca okay!


Yang ni omo omo omo! Sedap sangat guys. Wajib wajib try. Ok yang ni nama dia ROSE CHICKEN. Ingat ye datang Choo Choo Chicken, order yang ni tau tau! Ni adalah satu paksaan sebab worth sangat huwaaaaa.

Mungkin ada yang nak tau, apa benda ni ? Actually, Rose Chicken ni dikelilingi 12 pcs crispy chicken and kat tengah tu ada cheesy cream soup. 

Ayam tu korang boleh pilih nak Original, Half Spicy atau Full Spicy. Yura rasa yang half, sebab Yura nak rasa dua dua muahaha, tapi lepas ni kalau datang sini , Yura nak order full spicy. Hihi :p



Cara nak makan dia, korang just ambil je ayam tu and then dip kan kat dalam souce cheesy dia. Tak tau nak cakap sedap dia huhu. Sambil Yura taip ni pun rasa lapar balik. Takkan dapat kat tempat lain guys.


Next, WINGS & DRUMLETS dengan 5 flavours ( Soy. Honey Soy, Sweet, Spicy, Garlic). Kalau tanya Yura mana sedap. Semua sedap. Sorry yang ni tak ada bias, tapi semua sedap. Makan panas-panas memang pergh!


Satu bekas ni korang dapat satu flavor. Memang worth sangat. Datang lah ramai-ramai kalau korang nak rasa semua flavour haha. 100% korang akan sukaaaa!


Yang ini pulak, khas untuk pembaca blog ni. Sebab apa? Sebab yang ni makanan baru Choo Choo Chicken sempena Christmas! Namanya WHOLE CHICKEN WITH GOLDEN EGG wohoo ni memang tiada dalam menu.


Golden Egg tu pulak adalah mini hash brown. So siapa yang nak cuba boleh try la! Rasa dia macam ayam KFC, tapi lagi sedap! Kalau ayam KFC kecik2 kan, ni seekor dia bagi. Ayam lover, please come here! You're welcome~


Okay next kita ada SPICY RAMEN, yang ni memang wajib ada atas meja kalau korang pencinta makanan pedas-pedas manis. Ye ini memang pedas tahap tangisan di bucu meja haha. Rasa tercabar? Cubalah!


Bukan restaurant korea lah kalau tak ada Ramyeon! Yeay kat sini ada jugak tau. Namanya ARMY STEW! Untuk 2-3 orang makan. Portion yang agak besarSerious kenyang. Rasa dia berbeza tau sebab resepi Choo Choo Chicken sendiri which means tak samalah dengan rasa kat tempat lain.


Datang makan saja, rugilah kalau tak try air kan. Ok Yura suggest korang try YOGURT SMOOTHIES dia. Ada 3 jenis je tau Lychee, Apple and Blueberry. Paling sedap mestilah Blueberry! Kalau dalam gambar tu, yang ade macam Cornflakes atas dia tu. Yang lagi dua tu ADE Sparkling namanya!


Inilah ADE Sparkling, cantikkan! Ada gradient gitew. Yura boleh katakan minuman yang sesuai untuk korang yang takut cepat muak ke makan macam-macam. Yang ni sesuai sangat sebab air dia berupa jus buah-buahan.


Thank you Choo Choo Chicken sebab sudi layan kitorang. Baik sangat owner restaurant ni. Kalau korang masih baru-baru lagi nak cuba makanan Korea, jangan segan-segan tanya pekerja kat sini. Tak tahu nak kacau? Diorang kacau kan. Tak tahu nak makan apa? Diorang suggestkan. Baik sangat-sangat! Makanan dah lah sedap, lepas tu layanan tip top.


Choo Choo Chicken yang Yura pergi ni dekat USJ, Taipan. Ada juga kat tempat lain tau. Setapak, Jalan Bukit Bintang, Sri Petaling, Bandar Puteri Puchong dan ada juga dekat Ipoh dan Johor Bharu. Harga, menu apa yang ada, location semua korang boleh cek dekat FB Page Choo Choo Chicken! Apa lagi, save the date! Jangan lupa share dengan Yura kalau korang dah makan kat sini.

Semoga bermanfaat :)

4 comments

  1. omggggg nampak sedap!!! i wish dabah got one 😭😭

    ReplyDelete
  2. harga rose chicken berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i am not really sure the current price, you can check the menu in their FB page

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.