Gempak gila The Adventures' Web -AEON Edutainment Nilai

Thursday, March 21, 2019


Hai semua. Yura asyik review makanan je kan, ni Yura nak review tempat best untuk korang pergi cuti sekolah nanti. Selain untuk suka2, korang boleh menimba ilmu *cliche kan* dengan suasana yang BEST!


Hello, tempat ni gempak dia tak nak cakap banyak lah. Mari kita explore The Adventures' Web!

Percaya atau tak, The Adventures' Web (ATW) ni dekat AEON Nilai. Jauh ke? Come on, kata nak bercuti. Orang kata alang-alang dah bercuti tu biar lah jauh kan. Baru rasa worth it! Dekat celah mana ATW ni? Yura tolong okay.


Level 2, dekat dengan Pizza Hut and Dubuyo. 
Extra info: Korang boleh naik tangga je, selain menyihatkan, tangga dia lawa, boleh ambil gambar!


ATW ni terbahagi kepada 3 area. 
Yura explain satu2. Tau korang nak tengok gambar je kan haha.


THE DINO RANGERS

Untuk kanak-kanak best gila! Yura dari tak suka dino, jadi suka pulak! Tolong pakai seluar tau datang sini. Yura menyesal pakai palazzo datang huhuhu.


Ni kalau dari luar tu, korang dah nampak dah!




Dalam dia gelap supaya boleh feel rasa macam betul2 kat hutan gitu. Tapi jangn risau, ada signboard berlampu mcm ni. Memang boleh nampak. 



Besar gila tempat ni. Rasa macam nak lari2 je. Ok untuk parents yang nak relax2 upload story kat IG tu, boleh lah duduk kat tempat rehat dia. Convenient betul tempat ni. Memahami!





Rock Climbing pun ada guys. Nak lari boleh, panjat pun boleh kat sini. Lepas tu nak main pasir cari fossil dino? Pun adaaaaa!



Woohooooo! Ok korang kalau WAJIB masuk kat tempat ni sebab...



Kat sini lah korang akan tengok show and jumpa Dino yang REAL. Maaf gambar blur . Excited sangat!





Ye bukan patung. Ni gerak punya! Korang akan tengok show ala-ala cerita Jurassic World gitu. Dari rangka, telur dino, baby dino sampai yang paling besar! 


Lepas tu ada game korang akan main dengan dino besar ni. Haaa nak tau game apa? Memang gempak lah game dia! Kena lah datang kalau nak tau!


Best sangat kalau nak belajar pasal dino tau! Lepas tu game dia boleh lari2, fe-feeling mcm dalam movie gituh! Memang best gila!




MINI SCIENCE: Discovery Center


Yesss, yang paling Yura suka! Tempat yang penuh dengan technology! Serious best yang ni. Sebab technology dia lain dari lain tau. Bukan besher2!



Korang akan nampak benda ni dari luar tau. Nampak mcm menarik kan. Mesti macam , ni tempat apa eh? Kata technology. Haaa ok Yura dah mention edutainment kan. So yes, korang mesti ada belajar pasal gravity and potential energy betul tak. Kat sini, no theory!

Tengok sendiri macam mana energy tu berlaku in real life. Best kan. Untung tau boleh belajar!


Ok tipulah kalau sebut technology kalau tak ada robot. Kat sini pun ada tau. Robot ni boleh buat push up , menari apa lagi yang korang nak. Comel je!


Lepastu, kita boleh zoooooooom tengok guna microscope! Ha yang ni demo duit kertas. Detail nya duit kertas Malaysia. Kalau zoom korang boleh nampak detail gila!



Okay yang ni part paling Yura memang start dari pintu masuk tu memamg Yura pandang dari jauh. Best sangat. Korang tolak2 pasir tu nanti, tetiba jadi bunga. Lepastu kambus lagi, tetiba ada ikan. Tak leh brain kan? Haaa datang sini main puas2. Sembil tu korang akan tau mcm maca dia detect setiap movement tu.

Ada macam-macam lagi tau. Bukan ni je. Ada workshop area. Sangat bermanfaat untuk semua! Ambillah peluang ni , jom datang sini reramai!



Monster House


Ok finally muka sendiri. Haha. Time ni baru sampai. Terus datang area sini sebab cantik nau rumah hantu ni! Macam colorful gitu. Tapi ni luar je muahaha.

Okay Monster House ni rumah hantu lah senang kata. Ada 13 Zone macam level lah. Makin masuk (naik level) makin jauh dengan suasana dari di luar ni :'D

Jom kita bagi spoiler sikit dalam macam mana.


Ni Level 1 atau Zone 1. Acocoo lololo omeynyaaa. Ok lepas tu korang kena carilah pintu ke next level. Pengembaraan baru bermula!


Bilik yang penuh dengan patung-patung huduh! Hahaha *music background Annabelle*


Ada banyakk lagi. Ni ruang mayat. Belum ruang lain lagi!


Semakin koraang masuk semakin mindblowing dia punya figure. Ni kawan Yura, Nisa. Nisa nampak happy betul di bilik penyiksaan ini hahaha



Sebelum korang masuk ke Zone terakhir, korang boleh ambil2 gambar dulu. Ada mascot hantu tau. Sebab Zone terakhir ni dia kena masuk sorang2. Wuuu, so happy dulu sebelum jerit2 tu! 


Sedikit teaser untuk Zone terakhir. Haaa, kalau korang kat sini maksudnya korang sahut cabaran masuk sesorang lah tu! Tahniah. Semoga dapat keluar dngan selamat haha!


Yura ni takdelah berani sangat, tapi bukanlah penakut haha. Tapi not bad lah tempat ni. Nak tau korang penakut ke tak, kat sinilah nak cabar member korang. Yang kalah belanja makan haha.


Fuhh. Review ni baru suku dari apa yang korang nampak. Rasanya kalau datang and rasai sendiri barulah GEMPAKKKK! 

Okay tenang. Yura bagi info tempat ni ok.


Kat mana?
AEON Nilai, Negeri Sembilan

Mahal ke?
RM 49 
RM 25 untuk KETIGA-TIGA TEMPATTTT!

Dah buka ke?

Opening date pada 23rd March 
Book ticket korang seawalnya 18- 21 March ni cepat-cepat!!!




Best tu bukan setakat discover benda baru, dapat kawan baru. Staff dekat sini sporting habis! Jangan segan silu nak tegur. Thank you AEON jemput Yura dan media yang lain. I had so much FUN!
Cepat korang cepat book sebab Yura post dekat story kemain ramai tanya kat mana tau. Semoga cuti korang dengan orang yang tersayang bermanfaat lepas ni! Have a nice day and have FUNNNNN!

Post a Comment

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.