Raikan Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri Ceria bersama SpongeBob SquarePants di WCT Malls

Saturday, May 25, 2019


Hai semua. Siapa kat sini yang suka kartun Spongebob? Ha, Yura ada berita gembira! Dua rakan baik yang disayangi, SpongeBob Squarepants dan rakan baiknya Patrick Star akan bersama peminat mereka di Malaysia untuk meraikan bulan suci Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri di daratan buat kali pertama di WCT Malls! 




Bertemakan ‘Seronoknya Raya’, kemunculan istimewa SpongeBob SquarePants dan Patrick Star pasti menceriakan lagi suasana Paradigm Mall Petaling Jaya (Paradigm PJ), Paradigm Mall Johor Bahru (Paradigm JB) dan gateway@klia2. 




Sempena ulang tahun SpongeBob SquarePants yang ke-20, ruang legar WCT Malls akan dihiasi menjadi dunia magis bawah laut yang akan memeriahkan lagi musim cuti peminat setia mereka. Selain dapat bersama mereka, peminat, keluarga dan kanak-kanak di seluruh dunia juga dapat beramah mesra dan bersua muka semasa sesi bergambar dengan SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya, Patrick Star. 


Spongebob Squarepants and his best friend Patrick Star posing for a photo at the launch of the Seronoknya Raya Campaign at Paradigm Mall Petaling Jaya 

From left; Mr. YK Ng, Business Development Manager of JWL, Mr. William Ang, General Manager of JWL, Spongebob Squarepants, Mr Aizat Zainal, Senior Manager, Licensing, Southeast Asia, Viacom International Media Networks, Ms. Selena Chua, Chief Executive Officer of WCT Malls, Patrick Star, and Mr. Tan Boon Leong, Centre Manager of Paradigm Mall Petaling Jaya.


“Kami teruja dapat menjemput SpongeBob SquarePants dan Patrick Star ke WCT Malls untuk menyambut Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri pertama mereka dengan peminat-peminat di Malaysia. Dengan karakter yang sentiasa optimis dan ceria, SpongeBob SquarePants dan sahabat baiknya Patrick Star pasti akan memeriahkan suasana dan menceriakan semua yang menyertai aktiviti ‘Seronoknya Raya’ di WCT Malls. Secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga, saudara dan sahabat baik,” kata Cik Selena Chua, Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan WCT Malls. 


Apa yang memeriahkan lagi ‘Seronoknya Raya’ adalah WCT Malls akan dihiasi dengan rumah nenas bawah laut yang terkenal, jualan cenderahati unik termasuk koleksi patung budaya pop edisi terhad, barangan antik dan baharu, mainan mewah, belon SpongeBob SquarePants terbesar dan banyak lagi! 


Ms. Selena Chua, Chief Executive Officer of WCT Malls, Mr Aizat Zainal, Senior Manager, Licensing, Southeast Asia, Viacom International Media Networks, Mr. YK Ng, Business Development Manager of JWL, Mr. William Ang, General Manager of JWL, Mr. Tan Boon Leong, Centre Manager of Paradigm Mall Petaling Jaya, Spongebob Squarepants and Patrick Star, together with the children from Rumah Telaga Kasih


 “Untuk menyebarkan sinar harapan dan kegembiraan bagi komuniti yang memerlukan pada bulan suci ini, Paradigm Mall PJ akan menganjurkan dua program amal #SeronoknyaMenolong iaitu ‘A Library of Hope’, sumbangan bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik dan ‘Denim Donation Drivebagi membantu ibu-ibu tunggal. Program amal yang dianjurkan adalah untuk meneruskan inisiatif tanggungjawab sosial korporat WCT Malls bagi menyumbang dan memperbaiki kehidupan penduduk setempat.” - Chua


Program ‘A Library of Hope’ 
Para pengunjung Paradigm Mall PJ digalakkan untuk sama-sama berkongsi dan menyumbang buku-buku baharu atau terpakai, buku teks, buku rujukan, buku pendidikan dan sebagainya dalam apa jua bahasa bagi kegunaan pelajar sekolah rendah dan juga menengah. Buku-buku boleh diletakkan di kotak sumbangan di Tingkat CC bermula 10 Mei – 9 Jun 2019. Semua buku yang dikumpul akan diserahkan kepada anak-anak yatim di Rumah Anak Yatim Sungai Buaya, Banting. 


Denim Donation Drive Dalam usaha memperkasakan ibu tunggal dan kurang bernasib baik di Suri Lifestyle dengan menyediakan peluang pendapatan dan kemahiran hidup seperti menjahit, Paradigm Mall menggesa pengunjung menyumbang denim baharu atau terpakai yang akan diubahsuai menjadi produk kraftangan yang unik. Pengunjung boleh menyumbangkan apa jua jenis denim baharu mehupun terpakai di kotak sumbangan di tingkat CC bermula 10 Mei hingga 9 Jun 2019. 


Catat Malaysian Book of Records bagi Belon Karakter Kartun Terbesar Pengunjung Paradigm Mall JB berpeluang menyaksikan belon SpongeBob SquarePants terbesar, dengan ketinggian 11 meter dan selebar 6 meter. Selain itu, terdapat juga 20 patung SpongeBob SquarePants bersaiz sebenar dan pengunjung boleh bergambar untuk disimpan sebagai kenangan dalam media sosial mereka. Paradigm Mall JB turut meraikan kejayaan mencatat Malaysian Book of Records bagi belon karakter terbesar di Malaysia. 




Antara akiviti- aktiviti yang bakal diadakan adalah seperti berikut (sila rujuk lokasi )






JOM kunjungi WCT Malls: Paradigm Mall di Petaling Jaya dan Johor Bahru dan gateway@klia2 untuk meraikan Ramadan dan Raya yang bermakna dan penuh dengan keceriaan! 

Untuk maklumat mengenai aktiviti dan promosi, kunjungi laman web dan platform media sosial di bawah:


Laman Web
Paradigm Mall PJ: www.paradigmmall.com.my
Paradigm Mall JB: www.paradigmall.com.my/jb
gateway@klia2: www.gatewayklia2.com.my

Facebook:

Instagram:


Post a Comment

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.