Plan Trip ke Hong Kong dan kenapa Hong Kong??

Wednesday, July 17, 2019



Hello korang! Yura nak cerita sikit salah satu tempat percutian dalam wishlist Yura which is....... HONG KONG!!!! Mungkin ini antara persoalan yang bermain kat fikiran bila sebut tentang salah satu daripada wilayah kat China ni.


Apa yang menariknya kat Hong Kong ni? macam banyak bangunan-bangunan tinggi je? Tak susah ke nak cari kemudahan sebagai Muslim?


Bandar yang juga merupakan pusat kewangan dan perdangan terpenting kat dunia ini sebenarnya jauh dari yang disangka dan yang biasa kita tengok kat tv. Kat Hong Kong ni banyak tempat yang sangat sangat cantik. Sekali pandang macam bukan dekat Hong Kong. Plus ada Malaysia vibe sikit la. Tak de lah rasa janggal sangat kan.


Ini salah satu tarikan kalau korang pergi Hong Kong. Promenade Tsim Sha Tsui merupakan laluan tepi air yang bermula dari sebuah monumen bersejarah di Hong Kong, Clock Tower hinggalah ke jalan masuk ke terowong kapal selam, Hung Hom. 

Sepanjang perjalanan yang berkepanjangan 1.6 km ini korang akan melalui banyak tarikan-tarikan yang terdapat di Hong Kong seperti Hong Kong Cultural Centre, Hong Kong Space Museum dan Garden of Stars. 



Dari Promenade Tsim Sha Tsui juga, korang dapat tengok view bangunan-bangunan tinggi yang berekabentuk menarik di sekitar Hong Kong yang sudah pastinya lebih luar biasa apabila diterangi cahaya lampu bila tibanya waktu malam. Kawasan yang patut korang jejaki sekiranya berada di Hong Kong dan sebagai seorang yang shopaholic adalah Causeway Bay



Setiap inci sudut Causeway Bay ini cukup padat dengan pelbagai tempat membeli-belah. Selagi duit tak habis, selagi tu tak boleh berhenti berjalan di sini. 

Dari kedai barangan mewah hinggalah kepada barangan dalam harga borong, inilah syurganya. Apa yang korang ingin beli? Pakaian? Makanan? Kosmetik? Elektronik? Komputer? Atau apa sahaja yang terbayang di fikiran, kemungkinan besar boleh ditemui di sini. 

Kalau di Malaysia, Jambatan Pulau Pinang adalah jambatan yang dibanggakan sebagai yang terpanjang, di Hong Kong pula ada Tsing Ma Bridge, tapi rekod yang dipegang jambatan ni sebenarnya mengalahkan Jambatan Penang sebab ia bukan sahaja yang terpanjang di Hong Kong tapi juga di dunia! 



Selain menjadi tempat laluan kereta, Tsing Ma Bridge juga lengkap dengan fasiliti lain seperti platform tinggi dan pameran outdoor komponen-komponen jambatan ini. Korang juga boleh tengok video, gambar dan model-model terperinci jambatan ini di Visitors Centre. 


Tak puas menghabiskan duit di Causeway Bay, di Tsim Sha Tsui juga dapat membuat jiwa korang sekeluarga berbelah bahagi sama ada mahu menghabiskan segalanya di sini atau simpan untuk percutian akan datang, memang parah godaan shopping di sini! 



Antara pusat-pusat membeli-belah yang ada di sini adalah Harbour City yang menempatkan lebih 700 buah kedai, Silvercord yang menjadi tempat jualan barangan IT, DFS Galleria yang merupakan tempat membeli barangan berjenama antarabangsa dalam harga diskaun, 1881 tempat membeli-belah mewah dan banyak lagi! 



Shopping streetnya juga tak kurang banyaknya seperti Canton Road yang menjadi tempat shopping barangan berjenama antarabangsa, Granville Road untuk barangan mewah dalam harga diskaun (terkenal dalam kalangan warga muda), Haiphong Road untuk barangan terpakai jenama mewah dan banyak lagi jalan-jalan lain yang tak sempat untuk habis teroka dalam sehari. 

Sembang pasal bercuti ni, plan dia sampai esok pun takkan habis kan. Ok sekarang cerita plane apa nak ambil ni. Hurmmm.. Yura teringin sangat nak try Qatar Airways

Siapa sebenarnya Qatar Airways ni kan? 



Diorang ni based di Qatar dan boleh pergi ke 160 destination dan lebih kurang 70 negara so korang bayangkan ke mana sahaja korang boleh pergi. Melbourne dan Qatar Airways pengalaman yang korang takkan dapat lupakan.

Then kalau korang nak tahu cara nak dapatkan harga tiket murah, Yura cadangkan korang pergi ke web Traveloka atau appsnya untuk book qatar airways malaysia air ticket.


Korang boleh pergi kat link https://www.traveloka.com/en-my/qatar-airways terus sebab kat sini korang boleh search flight yang ada contohnya kalau korang nak ke Hong Kong, atau nak book cheap flights to hong kong online, first sekali korang pilih tarikh yang korang nak plan, and suggestion Yura, korang pilih tarikh bukan cuti sekolah atau bukan musim perayaan sebab masa tu korang akan dapat harga yang best. 



Pastu korang click search flight. Kalau tak dapat maksudnya takdelah kat tarikh tu so korang kena search tarikh lain lak. Dia kluar jugak result dari airline lain so korang boleh bandingkan harga senang je kat satu tempat.

Ok sampai sini je perkongsian Yura. Korang pulak macam mana? Rasa tertarik tak nak ke Hong Kong lepas baca entry ni. Well, at least korang tau lah serba sedikit pasal tempat apa yang best dekang Hong Kong kan! Kalau korang ada pengalaman ke sana, boleh lah kongsi kan dengan Yura tips2 nya. Hihi.

1 comment

  1. bestnya dekat hongkong! Tak sangka ada banyak tempat yang menarik dan cantik!

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')