Keseronokan Cuti Sekolah Bersama Westports Malaysia Dragons di Paradigm Mall

Wednesday, August 14, 2019



Sempena cuti sekolah dan Hari Kebangsaan pada Ogos ini, WCT KIDSS, sebuah program pembangunan sukan komuniti tajaan WCT Holdings Berhad hari ini melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat edisi kelima mereka. Program bola keranjang percuma tersebut akan berlangsung selama 5 hari bermula 14 hingga 18 Ogos 2019 di Aras UG, Paradigm Mall Petaling Jaya untuk pelajar sekolah tempatan berusia 9 sehingga 12 tahun.


Objektif utama program adalah untuk memupuk semangat berpasukan, perpaduan, kesukanan dan keadilan dalam sukan sesama kanak-kanak bermula peringkat akar umbi lagi. Program ini akan disertai oleh 30 atlet muda bola keranjang yang menetap di komuniti setempat dan 10 kanak-kanak daripada Yayasan Sunbeams Home

Kanak-kanak ini akan melalui program latihan selama empat hari dan satu hari perlawanan persahabatan 3 lawan 3 dibawah bimbingan jurulatih yang layak dan terkenal dalam negara daripada All Star Basketball Academy.

Launch of Projek57 and WCT KIDSSFrom Left to Right: Mr.Syed Sadiq Albar, Co-Founder of Projek57, Mr.Ng Chee Kiet, Director of Corporate Strategy at WCTHoldings Berhad and Ms.Debbie Choa, Director of Youth Empowerment

Lo Wei Teing, Pengurus Kanan - Hal Ehwal Korporat WCT Holdings Berhad berkata, 

“Kami berbangga dengan WCT KIDSS dan kemajuan pencapaian program ini sejak ia dilancarkan Jun 2013. Program ini direka untuk memberikan platform permulaan untuk pemain muda mempamerkan kemahiran dan semangat mereka; di samping menyediakan sebuah platform untuk mengasah bakat mereka. Sebagai sebuah organisasi, kami komited menyumbang ke arah pembangunan komuniti tempatan; penganjuran program seumpama ini merupakan cara kami berbakti semula kepada masyarakat yang telah lama menyokong kami."


Kanak-kanak ini akan didedahkan dengan asas penting permainan bola keranjang seperti kawalan bola, jaringan cangkuk, menggelecek dan latihan jaringan bola. Selain mempelajari teknik asas, mereka juga berpeluang melalui sesi motivasi bersama jurulatih.


Bagi menjayakan lagi program latihan ini, WCT KIDSS berbesar hati kerana menerima sokongan Westports Malaysia Dragons, pasukan bola keranjang premier Malaysia dalam Liga Bola Keranjang ASEAN. 


Mereka akan membuat penampilan di Paradigm Mall Petaling Jaya pada 17 Ogos 2019 dan akan mengendalikan klinik bola keranjang eksklusif bagi peserta WCT KIDSS. Para pengunjung juga dapat beramah mesra bersama mereka menerusi cabaran bola keranjang yang menyeronokkan.


Lo menambah, "Seperti ucapan Tunku Abdul Rahman:

 "Kita semua adalah rakyat Malaysia. Inilah ikatan yang menyatukan kita. Ingatlah, perpaduan adalah tonggak kekuatan kita sebagai sebuah bangsa dan negara.' Diinspirasi daripada buah fikiran ini, kami memilih sukan sebagai alat perpaduan untuk memupuk integrasi kebangsaan walaupun berbeza latar belakang atau pegangan agama.

Malah, bagi merancakkan lagi perbahasan mengenai kepentingan perpaduan, kami turut bekerjasama bersama Projek57. Sebuah usahawan sosial yang komited mempupuk perpaduan di Malaysia. Melalui kerjasama ini kami berharap ia dapat menyampaikan mesej tentang kepentingan perpaduan yang akan bercambah dan berkembang bermula peringkat akar umbi lagi."


Syed Sadiq Albar dan Collin Swee, Pengasas Bersama Projek 57 berkata, 

"Kami amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan WCT KIDSS yang mempunyai visi sama dalam membina semangat perpaduan di Malaysia. Melalui inisiatif ini, kami ingin memberi inspirasi kepada anak muda agar mempunyai semangat patriotisme tinggi, perpaduan dan saling memahami demi untuk membina negara yang bersatu."



Projek57 juga menjalankan Bengkel Perpaduan yang menggalakkan peserta WCT KIDSS untuk melontar pendapat mereka mengenai perpaduan dan menguji pengetahuan mereka mengenai sejarah dan budaya Malaysia. Mereka juga akan menjual kemeja-T, Unity Ribbon dan aneka cenderamata dengan rekaan segar, padat dengan nilai murni dan positif tentang Malaysia sepanjang program. 

Semua keuntungan daripada jualan Reben Perpaduan dan RM5 daripada jualan setiap kemeja-T akan disumbangkan kepada usaha membangunkan komuniti Orang Asli.


WCT KIDSS 2019 disokong oleh Good Times DIY & Lifestyle CafĂ©, Li Ning Malaysia, Paradigm Mall Petaling Jaya dan Suu Balm. Yura ada snapkan tentatif program sepanjang cuti sekolah ni kalau anda ada nak plan. 







Apa lagi, jom manfaat kan cuti sekolah mereka dengan aktiviti yang berfaedah disamping dapat berkenalan dengan lebih ramai kenalan baru!

Participating children from surrounding communities including children from Yayasan SunbeamsHome, coaches from AllStar Basketball Academy, coach and players from Westports MalaysiaDragons along with the team from WCT HoldingsBerhad at the launch of the fifth edition of WCT KIDSS

1 comment

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')

Latest Instagrams

© Nakahime. Design by Syifha Mahazan.