Makan-makan Sambut Birthday di Dokebi Chicken Tamarind Square

Monday, September 02, 2019



Hai semua! Julai yang lalu, Yura sambut hari jadi Yura di Dokebi Chicken di Tamarind Square Cyberjaya. Sejujurnya Yura datang ke sini tanpa plan. Yura tak survey pun harga dan makanan apa yang sedap. So jom review!

Disebabkan Yura datang awal, jadi Yura memang tak buat any reservation. Masuk terus. Jujur nak cakap tempat dia cantik sangat! Ala-ala garden macam tu. Fyi, Tamarind Square pun dah cantik. Make sure bawak photographer kalau datang sini.


Cantikkan deko Dokebi Chicken ni! Ada kerusi dia yang ala-ala buaian. Tema ala-ala garden gitu. 


Yura tak order banyak, just cukup untuk rasa-rasa lah gituww. Ok cepatlah review sedap ke tidak. Menu first yang Yura nak review ialah AYAM! Kalau pergi kedai korea, tak try ayam memang rugilah kan.


Gambar dekat atas ni ialah Dokebi Chicken Wing (4 wing + 4 drummet) dengan flavour Honey Butter Garlic. Bunyinya sedapkan. Tapi huhu mengecewakan bagi Yura. Rasanya sedap tapi malangnya sos yang diberikan sangatlah sikit. Ayam dia tawar, lepas tu sos pulak sikit. Rasa sedih di hari jadi Yura. Maybe kalau kuantiti sos yang diberikan tu banyak, Yura boleh bagi 5/5. 


Next, Yura order Topokki ORIGINAL flavor. Sebab Yura ada fobia nak try cheese topokki. Takut tak sedap. So Yura try yang original. What can I said, SEDAP! Yes topokki dia memang sedap, lagi-lagi makan time panas- panasssss. Yang ni tak mengecewakan. Paling suka rasa kimchi dia. Tak masam. Recommended! Maybe lepas ni boleh try cheese punya pulak.


Yang ni pulak Yura add-on untuk nasi, Korean Fried Rice with Salad. Yang ni biasa-biasa je. Presentation lawa tapi nasi sejuk. Sedih Yura tapi tak palah sebab menu lepas ni buat Yura happy hahaha.



Dokebi Strawberry with Cotton Candy yang merupakan salah satu daripada Dokebi Signature Drink. Yura main order je, tak sangka besar ya amat! Besar dia boleh minum 3 orang. 

Btw, Signature Drink ni ada 2 jenis, satu lagi Dokebi Lagoon warna biru. Tapi sebab Yura nak matchy2 dengan outfit, so Yura ambil Strawberry. Hahaha. Rasa dia sedap uolls. Tak kan jumpa rasa macam ni dekat mana-mana. Memang Signature Drink betul! 

Credit : FB Dokebi Chicken

Sampai situ sahaja review Yura kali ni. Kalau nak tengok menu klik gambar kat atas ni , nanti akan okebi redirect ke FB Dokebi Chicken. Best tempat dia cantik. Kalau untuk instagram memang worth it. Yura harap dapat try other signature Dokebi.

Kalau korang dah pergi, kongsilah dengan Yura yang mana sedap. Hihi.

2 comments

  1. Sedapnyaa..berapa ringgit habis kat restaurant dokebi nie? nak bajet nanti nak dtg dengan kawan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kawan Yura belanja untuk birthday, dia tak bagitahu pulak berapa. Ain ajaklah kawan2 , sebab tempak dia cantik!

      Delete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')