2D Cafe Instagram-Worthy & Bubble Tea Yang Jauh Lebih Murah

Friday, July 03, 2020


Nak lepak minum bubble tea tapiiii bubble tea mahal lah. Dah la ramai, nak kena beratur lagi!
Ugh stress!! Tempat pulak biasa-biasa je. Meh. Ok Yura nak cadangkan satu cafe ni namanya 2D Cafe.



2D Cafe yang terletak di Sunway Geo, betul2 belakang Sunway Pyramid. Cafe ni berkonsepkan 2D tau. Bukan biasa-biasa. Datang sini jangan sorang, bawaklah member sekali sebab setiap sudut kat sini sumpah instagram-worthy orang sekarang kata. Paling best sekali harga bubble tea yang ditawarkan pun MURAH daripada biasa! 


Selain tu, 2D Cafe jugak luas dan memang kalau nak duduk tu insyaAllah ada tempat. Memag LUAS ye tempat ni rasa macam nak ambil gambar setiap saat. 

Staff diorang pun sangatlah sporting. Jadi jangan malu-malu kalau first time datang. Korang boleh usha instagram 2D Cafe kalau nak tengok menu yang diorang sediakan, sebab bukan setakat bubble tea je diorang serve, macam-macam lagi ada. 


Benda paling rare sekali ialah botol minuman yang 2D Cafe berikan ni memang sangatlah comel dan boleh bawa balik! Jangan lupa ambil gambar minuman korang tu ber-background kan 2D Cafe. Boleh bawa balik untuk kenang-kenangan orang kata.

Nak tengok live preview interior dalam 2D Cafe yang latest untuk tahun 2020?
Boleh tengok dekat TikTok Nakahime Blog.
@nakahime.blog

2D Cafe at Sunway Geo with 2D concept. Instagram-worthy and you can buy bubble tea here! ##2dcafe ##nakahimereview ##nakahimeplace ##reviewplace ##nakahime

♬ PILOTS (PROD. SOULRICH) BY FLUXX - PHILLIPE DUARTE

Jangan lupa untuk follow TikTok Nakahime Blog untuk lebih banyak tempat menarik!









Post a comment

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')