NIKO NEKO Matcha Paling Sedap Pernah Dirasai

Tuesday, December 29, 2020

Assalamualaikum semua. Yura nak cerita sikit tentang sebuah kedai yang terletak dekat Pasar Seni Kuala Lumpur. Kalau korang pergi Pasar Seni, tolonglah datang Niko Neko matcha ni omg sedap gila!


Kedai dia dari jauh nampak simple macam sebuah makmal. Korang kalau datang sini, kalau tak beratur kira bernasib baik teruk. Tapi jangn risau customer service kat kedai ni tip top. Paliing penting kesedapan makanan yang diorang sediakan tu wahhhh sedapppp.


Apa yang best dekat sini. Ok Yura cadangkan time korang beratur menunggu tu boleh la korang bukak instagram diorang, untuk tengok-tengok menu yang diorang sediakan. Ye dia ada macam2 dan maybe korang pun blur2 nak choose yang mana satu. Afraid not, dalam kedai ni cashier dia dah letak siap2 description dan makanan so korang boleh tengok rupa dia real gituh.


Macam mana nak tau yang mana sedap? Kenapa nampak sama? Apa beza? Semua kan matcha? Okay ni lah apa yang Yura fikir mula-mula. Rupa-rupanya matcha ni ada banyak jenis tau. Setiap jenis matcha tu ada taste profile dia. Contohnya macam Yuri matcha : boleh refer dalam website.

Nice kan. Satu pesanan Yura, jangan judge rupa ya. Sebab semua rasa dia sedapppp. Cuma bergantung kepada rasa yang macm mana korang suka. Susu pun boleh pilih. Apa2 pun tanya je cashier.


Ok balik dari Niko Neko ni kitorang order lagi ok. Kitorang try sparkling water matcha. Sebab mula-mula rasa mcm seriouslah matcha plus sparkling water. Last2 kitorang try California dan Genmai latte. Rupa-rupanya sedappppppppp uolls. Tips untuk reader Yura, korang boleh park dekat Pasar Seni dan jalan ke sana. 

So kalau korang nak try rasa matcha, boleh la datang ke sini. Bonus, kedai dia unik sangat. Sesuai untuk ootd yeay!

1 comment

  1. waah menariknya! hopefully will get a chance to go there too since i LOVE matcha green tea :D

    [Garaeki]

    ReplyDelete

Awak mehla komen? satu komen pun jadilah :')